Tuesday, January 25, 2011

Rabbani - Subuh Yang Terakhir


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Friday, January 21, 2011

Konvesyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka

Tahukah anda, tanah air kita pernah dikenali sebagai satu pusat perdagangan dunia?

Tahukah anda, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perhubungan utama dunia?

Tahukah anda, tanah air kita menerima Islam tanpa berlaku pertumpahan darah?

Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan tanahairnya?

Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang rindukan kedaulatan dan kegemilangan negaranya?

Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang mengimpikan negara yang maju, gemilang dan mampu memimpin tamadun serantau dan dunia?

Monday, January 17, 2011

Kisah Emas A`immatus Salaf 1

Credit to Forum AFN

Siri 1 - PARA SAHABAT RADHIALLAHU 'ANHUM AJMA'IN

1. Perjalanan Satu Bulan Jabir Bin Abdillah R.A Mencari Satu Hadith

Imam Abu Abdillah Al-Bukhari berkata di dalam Sahihnya , kitab Al-'Ilm, Bab Al-Khuruj fi Thalabil 'Ilm : "Jabir bin Abdillah melakukan perjalanan selama satu bulan untuk menemui Abdullah bin Unais demi mendapatkan satu hadith."

Friday, January 14, 2011


Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran. (surah al-‘Asr; 103:1-3)

Menukilkan kata-kata imam asy-Syafie tentang surah ini, “Jika manusia memikirkan tentang surah al-‘Asr, nescaya surah itu sudah memadai untuk mereka.

Hanya surah ini sudah memadai…

Monday, January 10, 2011

Gerakkan aku juga...

Ketika siang telah melabuhkan tirai, malam menjengah hari sebagai ganti. Ketika keletihan membaluti tubuh setelah seharian bekerja, minda, hati dan anggota minta hak untuk direhatkan. Lalu sang arjuna pun membaringkan kujuran badannya di atas peraduan, di samping isterinya yang tercinta. TUNGGU! Sebelum kalian melelapkan kelopak mata, ingatkan firman Sang Pencipta:

Wednesday, November 24, 2010

Lagu Apa Ni?

Suatu hari, sewaktu sedang memandu kereta ikhwah pulang dari mana entah, saya ditemani siaran radio IKIM.fm. Radio pilihan saya sejak mula mengenalinya pada tahun 2000. Setelah beberapa minit berceloteh, DJ memutarkan sebuah lagu nasyid.

Mula-mula dengar, tak begitu peduli. Tapi makin lama ia berkumandang, terasa makin sangsi dengan liriknya. Lantas cuba diamati setiap butir kata yang dilagukan. Akhirnya yang terdetik di hati hanyalah...

"Lagu apa ni?!"

Tuesday, November 16, 2010

Salam 'Idul Adha

Hari Raya Idul Adha pada tahun ini jatuh pada 17 November. Iaitu esok (sewaktu artikel ini ditulis). Di masjid-masjid, musholla-musholla, di siaran televisyen dan di corong-corong radio sudah mula kedengaran pengkisahan pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim ‘alaihimus salam yang menjadi teras dan asal muasal ibadah haji dan ibadah korban. Mudah-mudahan ketaatan keluarga baginda kepada perintah Allah tanpa sebarang kata dua dan argumen dapat kita jadikan iktibar yang paling berharga dalam usaha kita untuk menjadi hamba Allah yang sejati. 


Coretan kali ini hanya ingin menyentuh dua perkara yang berkaitan, untuk tatapan kita semua:


Saturday, October 30, 2010

BAL HUM ADHOLL!!!


Video di atas diperoleh daripada laman YouTube. Mungkin dah ramai yang pernah tonton sebelum ini. Video diambil dari siri dokumentari National Geographic.

Wednesday, October 27, 2010

Yusuf dan Zulaikha

Ya Allah! Satukanlah hati kedua-dua mempelai ini sepertimana Engkau satukan Rasulullah dan Khadijah, Yusuf dan Zulaikha…

Suasana di majlis akad nikah dua insan yang dipertautkan dalam satu ikatan janji pernikahan yang suci. Setelah ‘diperakui sah’ oleh para saksi yang hadir, kebiasaannya imam atau kadi akan membacakan doa untuk memohon keberkatan pernikahan ini.

Rasulullah dan Khadijah… tiada masalah. Sirah telah mencatatkan perjalanan hidup baginda Nabi didokong oleh Sayyidah Khadijah pada fasa awal penyebaran dakwah baginda.

Yusuf dan Zulaikha… Timbul masalah di sini. Benarkah Nabi Yusuf ‘alaihissalam bernikah dengan Zulaikha?