Tuesday, December 23, 2008

Perhatian yang dialihkan

Sebuah berita yang ‘meletop’ dalam Tanah air dan hangat dibincangkan dalam beberapa hari ini. Kisah pernikahan seorang artis lelaki terkemuka tanah air. Tak sebut pun semua tahu.

“Kini tinggal ½ jam lagi sebelum waktu melafazkan akad nikah.” Lebih kurang begitulah ulasan pihak media yang dimasukkan ke dalam slot berita terkini sebuah media tempatan. Begitu hebatnya liputan media ke atas majlis pernikahan tersebut, sehingga setiap detik perlu dimaklumkan perkembangannya. Lama sebelum hari ‘bersejarah’ tersebut (mungkin perlu dimasukkan dalam silibus pengajaran subjek Sejarah sekolah menengah pada masa akan datang), pasangan ini begitu terkenal sehingga ketika kedua-duanya menghadiri kursus nikah juga perlu dilaporkan dalam akhbar. Ketikan-ketikan gambar dengan pelbagai posing seolah-olah sudah menikah, banyak disiarkan dalam akhbar dan majalah.

Jujur saja, saya rimas sangat dengan suasana kepedulian begini. Meluat dengan keprihatinan masyarakat yang teramat terhadap berita-berita begini, sedang pada masa yang sama, masih begitu banyak isu-isu kemasyarakatan dan isu umat Islam di pelbagai belahan dunia yang lebih patut mendapat perhatian.

Ke arah mana perhatian masyarakat kita telah dialihkan?

Dan orang-orang kafir berkata, “Janganlah kamu mendengar sungguh-sungguh al-Quran ini, dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, agar kalian dapat mengalahkan (mereka).” (surah Fusshilat; 41:26).

Demikian adalah sikap masyarakat Quraisy ketika al-Quran dibacakan oleh baginda Nabi. Mereka membuat suara hiruk-pikuk dan kegaduhan untuk mengalihkan perhatian masyarakat Mekkah agar memalingkan diri dari baginda dan kemudian memberikan perhatian kepada perkara kesesatan yang akan mereka perkatakan.

Salah seorang yang memiliki sikap seperti ini ialah an-Nadhir. Dia ialah seorang Quraisy yang mempelajari kisah-kisah dongeng Parsi, kemudian disampaikan kepada penduduk Mekah untuk mengalihkan mereka dari mendengar al-Quran. Akhirnya dia dibunuh ketika menjadi tawanan perang Badar. ALLAH menyebut tentang sikapnya dalam al-Quran;

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat KAMI, mereka berkata, “Sesungguhnya kami telah mendengar (ayat-ayat seperti ini). Kalau kami menghendaki, nescaya kami dapat menceitakan yang seperti ini pula. (al-Quran) ini tidak lain hanyalah dogengan orang purbakala.” (surah al-Anfal; 8:31)

Walaupun ayat ini diturunkan untuk menceritakan sikap orang kafir terhadap al-Quran pada lebih 1400 tahun yang lampau, tetapi warisannya masih dapat dilihat sehingga kini.

Lihat saja bagaimana perhatian kita dialihkan hanya dengan kisah-kisah artis yang digembar-gemburkan saban hari. Beli saja akhbar-akhbar tempatan, nescaya pasti akan ada sisipan khas untuk dunia hiburan.

Lihat saja hebahan luar biasa tatkala ada movie terbaru yang akan ditayangkan di pawagam. Tayangan trailer di TV, peraduan-peraduan berdasarkan movie tersebut, hadiah untuk kanak-kanak seperti patung watak utama, tawaran tiket percuma jika untuk pertandingan kuiz, dan seumpamanya. Segenap lapisan masyarakat diwarnai dengan kondisi ini. Tiada yang terlepas.

Akhirnya, berapa ramai yang masih konsisten dengan bacaan al-Quran, pengajian-pengajian hadith, amalan-amalan sunnah, solat tahajud, dhuha dan lain-lain. Ketika perhatian kita telah teralih kepada dunia hiburan yang merosakkan itu, bagaimana pula kita dapat menumpukan kepada amalan untuk akhirat kita?

Ayuh! Cukuplah! Janganlah kegaduhan dan hiruk pikuk seperti ini melalaikan kita lagi. Marilah melaungkan seruan dakwah sehingga kegaduhan ini dapat pula kita kalahkan!

Monday, December 15, 2008

Umat Terbaik!

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia. (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada ALLAH. (surah Ali 'Imran; 3:110)

Sering ayat ini dikaitkan dengan insan yang digelar pendakwah. Dan terdapat sekian ayat dan hadith sohih lain yang menjadikan 'dakwah' sebagai topik perbahasan. Namun sering juga kemahuan beramal dengan tuntutan ayat tersebut dilaksanakan hanya oleh segelintir dari kalangan kita.

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2008/05/2616.jpg

Di sini saya membawakan sebuah kisah nyata yang dipetik dari buku karangan Dr Khalid bin Abdul Aziz al-Jubair. Mudah-mudahan menjadi motivasi perangsang semangat kita semua; anda dan saya, untuk menancapkan lagi tekad dan mengukuhkan semangat kita untuk tidak jemu menyebarkan risalah ALLAH ini, kendati pelbagai mehnah yang kita hadapi.

Seorang rakan yang bisa dipercayai menceritakan kepadaku,

Saya berdua bersama-sama sahabatku, pergi mendakwahi anak-anak muda di kafe, disko dan tempat-tempat lainnya yang biasa kami lakukan.

Kami berhenti di sebuah disko, yang terdengar lantunan nyanyian dari dalamnya. Kami mengetuk pintu dan pintu dibuka untuk kami.

Ketika kami memasuki ruangan tersebut, mereka berhenti bernyanyi untuk menghargai kami, akan tetapi salah seorang dari mereka tidak menyukai kedatangan kami, lalu melontarkan cacian, makian dan sumpah seranah, malah menghembuskan asap rokok ke arah kami.

Setelah kami menyampaikan segala apa yang mungkin, dengan takdir ALLAH, lalu kami beranjak keluar.

Sampai di luar, sahabatku belum mahu pergi. Ia berdiam di depan tempat hiburan tersebut. Saat aku bertanya kepadanya, untuk apa menunggu, ia menjawab, "Engkau akan tahu saat orang itu -yang mencaci maki tadi- keluar."

Setelah 2 jam menunggu, orang yang dimaksudkan oleh sahabatku itu tadi keluar. Sahabatku mendekatinya dan memberinya nasihat, akan tetapi orang tersebut meludahi wajahnya. Sahabatku mengusap ludah tersebut dari wajahnya dan berusaha memberinya nasihat lagi, dan justeru orang itu meludahinya lagi malah mendorongnya ke tepi.

Sahabatku mendekatiku dan memintaku untuk mengikuti orang tersebut. Lalu aku bertanya kepadanya, untuk apa? Ia berkata, "Kamu akan melihatnya esok."

Kami mengikuti orang tersebut untuk melihat tempat tinggalnya. Kami sepakat akan menunaikan solat Maghrib bersama-sama di masjid terdekat dengan tempat tinggalnya keesokan hari.

Esoknya, setelah menunaikan fardhu Maghrib, sahabatku pergi menuju rumah orang itu lalu mengetuk pintunya. Tatkala dia membuka pintu dan melihat sahabatku yang dayang, segera ia menderanya dengan cacian dan makian yang memerahkan telinga, akan tetapi cepat-cepat sahabatku memegang kepalanya dan menciumnya -sebuah ungkapan penghormatan dan tanda cinta bagi masyarakat arab- seraya meminta izin untuk berbicara 1/4 jam sahaja di dalam rumah. Sahabatku berhasil mengambil hati orang tersebut.

Kemudian mereka masuk ke dalam rumah dan aku mengiringi dari belakang. Sahabatku mulai memberikan saranan dan nasihat kepada orang tersebut. 10 minit kemudian, air mata kami bertiga menitis tak tertahankan.

Sahabatku meminta orang tersebut mandi dan berwudhu, kemudian kami menunaikan solat Isya bersama-sama di masjid berdekatan.

Setelah hari itu, orang tersebut selalu menjaga solatnya dengan baik.
...
Selanjutnya Dr Khalid menceritakan bahawa orang tersebut meninggal sesudah itu, yakni setelah ia kembali bertaubat dan istiqamah dalam agamanya. Sungguh, suatu hal yang menakjubkan. Bagaimana pula pengakhiran kita? Hanya ALLAH yang menyimpan rahsianya. Untuk itu, sentiasalah menjaga amal kita agar sentiasa istiqamah dalam kebaikan dan akhirnya mati dalam husnul khatimah.

Sebuah tauladan nyata yang amat berharga buat kita; bahawa tiada seorangpun yang memiliki suatu sifat agung, melainkan dakwahnya pasti berhasil, yakni kesabaran.

Dr Khalid bin Abdul Aziz al-Jubair, Kesaksian Seorang Doktor.

Tuesday, December 2, 2008

Bintang Tersenyum :-)

Sewaktu kecil, saya suka membaca buku yang dikarang oleh Isaac Asimov, yang saya pinjam dari perpustakaan utama di bandar tempat saya tinggal. Buku tersebut adalah serial buku yang menceritakan secara ringkas tentang setiap planet dalam sistem solar kita. Setiap minggu saya akan dapatkan siri seterusnya, planet Jupiter, Venus, Bumi, dan seterusnya sehingga habis kesemua 9 planet (pada waktu itu). Sehinggakan pustakawan yang menjaga kaunter pernah bertanya kepada saya, "Nak jadi ahli astronomi ke, besar nanti?"

Entahlah. Bukan kerana bercita-cita menjadi ahli kaji bintang setelah dewasa, tapi mungkin kerana minat terhadap alam mendorong saya untuk membaca bahan-bahan seperti itu, walaupun kebanyakan isinya tidak dapat saya hadam dan fahami dengan baik, malah banyak juga yang saya dah lupa. Namun pembacaan sedemikian dan fakta-fakta yang saya peroleh memberikan suatu kepuasan ketika itu.



Semalam, saya dan beberapa orang ikhwah menyaksikan Buletin Utama di TV3. Di penghujung rancangan, mereka menayangkan visual yang menarik; bulan yang sedang tersenyum! Ditambah dengan 'sepasang mata' menjadikannya kelihatan sangat hebat! Tapi malangnya, apabila kami meluru ke luar rumah untuk menghayatinya, tiada bulan yang kelihatan. Ish...ish... sedihnya.

Fenomena ini dikenali sebagai Triple Conjunction, dan jarang berlaku. Fenomena seperti ini sangat penting dan amat dihargai oleh ahli astronomi. Ia berlaku kerana masing-masing objek di angkasa mempunyai orbit peredarannya yang tersendiri. Sepasang mata yang kelihatan di atas bulan yang 'tersenyum' sebenarnya adalah planet Jupiter dan Venus. Subhanallah! Pengaturcaraan siapa lagi yang lebih daripada ALLAH! Sungguh, ini adalah salah satu dari sekian tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan kejituan DIA dalam mengatur segala sesuatu. Secara ringkasnya boleh dapatkan maklumat di Jogja Astro Club.


Sejak dari awal lagi, ALLAH Ta'ala memerintahkan kita untuk memerhatikan alam dan pelbagai fenomenanya sebagai salah satu sarana meningkatkan iman. Malah hal itu akan lebih membekas dalam jiwa golongan yang memahaminya dengan lebih detail. Kerana itu golongan berilmu dan bertambah imannya kerana ilmu tersebut, diangkat darjatnya oleh ALLAH.

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu tidak akan melihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu daat melihat sesuatu yang cacat? Kemudian, ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat, dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih. (surah al-Mulk; 67:3-4)

Tatkala melihat alam dan memikirkan keunikan yang ia tunjukkan, nescaya jiwa kita akan tercetus sebuah rasa, betapa Agungnya dan Maha Berkuasanya ALLAH. Dengan itu, iman juga makin mengakar kuat dalam diri, kerana tanda-tanda yang nampak jelas di mata, tinggal lagi adakah kita memerhatikan atau tidak mengambil endah dengan semua itu.

Antara pelajaran terbesar yang dapat kita peroleh dari alam, ialah ketaatan mereka yang mutlak kepada Sang Pencipta.

(DIA ciptakan) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-NYA. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-NYA. Maha Suci ALLAH, Tuhan seluruh alam. (surah al-A'raf; 7:54)

Kemudian DIA menuju ke langit, dan (langit ketika) itu masih berupa asap, lalu DIA berfirman kepadanya dan kepada Bumi, "Datanglah kamu berdua menurut perintah-KU dengan patuh atau terpaksa." Kedua-duanya menjawab, "Kami datang dengan patuh." (surah Fusshilat; 41:11)

Bagaimana dengan kita? Mungkin sebagai refleksi yang baik untuk mengevaluasi sikap kita terhadap perintah dan larangan ALLAH selama ini. Adakah kita juga mampu menjawab sebagaimana jawapan langit dan Bumi, "Kami datang dengan patuh." ???

Hadith Jabir Tentang Haji Rasulullah

Sekarang adalah musim haji. Berduyun-duyun kaum Muslimin dari serata dunia menuju ke tempat yang sama untuk menunaikan ibadah yang sangat besar nilainya ini. Namun saya bukanlah ingin membincangkan tentang hukum-hakam berkaitan ibadah haji, malah saya juga belum mempunyai pengalaman melaksanakannya. Sekadar berkongsi sebuah hadith yang tinggi nilainya di sisi ulama, kerana ia membincangkan tentang praktikal haji baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Hadith ini diriwayatkan oleh sahabat Jabir bin Abdillah, anak kepada sahabat Abdullah bin Jubair, panglima yang mengetuai pasukan pemanah dalam perang Uhud, dan akhirnya menggapai syahid. Hadith ini sangat bernilai (dan agak panjang juga), kerana daripadanya para ulama mengistinbathkan pelbagai hukum berkaitan ibadah haji. Sekadar perkongsian, agar minimum kita mengetahui sumber yang menjadi pegangan kita dalam beramal ibadah, juga menghayati bagaimana baginda Nabi dan para sahabat menunaikan fardhu haji.



Imam Muslim di dalam sohihnya meriwayatkan dari Jabir radhiallahu ‘anhu:

Selama 9 tahun Rasulullah tidak menunaikan haji. Kemudian pada tahun ke-10 hijrah, diisytiharkan kepada orang ramai bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam akan menunaikan haji. Maka ramai manusia datang berkumpul di Madinah. Mereka ingin menyempurnakannya bersama-sama Rasulullah dan melakukannya seperti yang baginda lakukan. Lalu kami keluar bersama baginda sehingga sampai di Zulhulaifah. Di situ Asma binti Umais melahirkan Muhammad bin Abu Bakr; lalu beliau menghantar utusan menemui Rasulullah bertanya, “Apa yang perlu aku lakukan?”

Jawab baginda, “Mandilah, sumbatlah, (disumbat sesuatu di tengah, kemudian diambil kain yang panjang, diletakkan di tempat darah dan diikatkan kedua belahannya, di hadapan dan belakang untuk mengelakkan darah mengalir) ikatlah dengan kain dan berihramlah.

Lalu Rasulullah solat di masjid, kemudian menuggang al-Qaswa (nama unta baginda). Apabila sampai di al-Baida’, aku melihat dihadapanku sejauh mata memandang terdapat penunggang unta dan pejalan kaki. Di sebelah kanan baginda juga begitu, demikian di sebelah kiri dan di belakangnya. Ketika itu Rasulullah berada di tengah-tengha kami, dan al-Quran diturunkan kepada baginda. Dialah yang mengetahui takwilnya. Apa-apa yang baginda lakukan, kami turut melakukannya, lalu baginda mengangkat suara bertalbiyah:

Labbaikallahumma labbaik. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wan ni’mata laka wal mulk. La syarika laka. (Ya ALLAH! Aku datang kepadaMU, aku datang kepadaMU, dan tiada sekutu bagiMU, aku datang kepadaMU. Sesungguhnya pujian, kenikmatan dan kekuasaan milikMU, tiada sekutu bagiMU)

Maka orang ramai bertalbiah dengan talbiah ini, dan Rasulullah tidak melarang tindakan mereka. Rasulullah sentiasa bertalbiah. Jabir berkata, “Kami tidak berniat kecuali haji, dan kami tidak tahu umrah. Sehinggalah kami sampai ke Baitullah bersama baginda, baginda mencium rukun Hajarul Aswad, berlari-lari anak 3 kali dan berjalan kaki 4 kali (pusingan tawaf). Kemudian baginda pergi ke maqam Ibrahim dan membaca,

Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat solat. (surah al-Baqarah; 2:125)

Kemudian baginda solat dengan menjadikan maqam berada di antara baginda dan Baitullah (maqam di tengah). Baginda membaca dalam 2 rakaat tersebut; Qul huwallahu Ahad (surah al-Ikhlas) dan Qul ya ayyuhal Kaafirun (surah al-Kaafirun). Kemudian baginda kembali ke rukun Hajarul Aswad lalu menciumnya. Kemudian baginda keluar ke pintu menuju bukit Shofa. Apabila hampir ke Shofa, baginda membaca,

Sesungguhnya as-Shofa dan al-Marwah itu adalah sebahagian dari syi’ar agama ALLAH. (surah al-Baqarah; 2:158).

Baginda berkata, “Aku memulakan dengan apa yang dimulakan ALLAH.” Lalu memulakannya (sa’i) dengan Shofa dan memanjatnya sehingga nampak Baitullah, lalu menghadap kiblat dan dan mentauhidkan ALLAH dan bertakbir. Baginda berkata, “Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-NYA. Bagi-NYA lah kerajaan dan pujian, dan DIA Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Maha Esa, yang telah membenarkan janji-NYA, membantu hamba-NYA, dan mengalahkan tentera Ahzab dengan seorang diri.

Kemudian baginda berdoa di antara Shofa dan Marwah. Baginda mengucapkan doa tersebut sebanyak 3 kali. Kemudian baginda turun menuju ke Marwah. Di Marwah, baginda melakukan apa yang telah dilakukan di Shofa, sehingga apabila sampai di tengah wadi (lembah), baginda berlari anak. Apabila kami menaiki lembah, baginda berjalan sehingga sampai di Marwah. Baginda melakukan di Marwah apa yang dilakukan di atas Shofa, sehingga pada akhir tawafnya di atas Marwah, baginda bersabda,

Jika aku tahu sejak awal lagi, nescaya aku tidak akan membawa al-hadyu (binatang yang disembelih oleh orang yang mengerjakan haji), dan aku akan menukarkan hajiku ini kepada umrah. Sesiapa dalam kalangan kalian tidak mempunyai binatang sembelihan, maka dia hendaklah bertahallul dan menjadikannya umrah. Lalu Suraqah bin Malik bin Ju’syum bangun dan berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah untuk tahun ini sahaja atau untuk selama-lamanya?” Lalu Nabi memasukkan jarinya ke dalam jari yang lain, sabda baginda, “Umrah masuk ke dalam haji, umrah masuk ke dalam haji. Bahkan ia adalah untuk selama-lamanya.

Ali datang dari Yaman dengan membawa unta Rasulullah. Beliau mendapati Fatimah dalam kalangan mereka yang bertahallul, memakai pakaian yang bercelup (berwarna) dan bercelak. Maka beliau menegur perbuatannya itu. Fatimah menjawab, “Sesungguhnya bapaku memerintahkanku melakukan ini.”

Dia (Jabir) berkata: Ali pernah bercerita di Iraq, Aku pergi menemui Rasulullah untuk menceritakan teguranku terhadap Fatimah disebabkan apa yang telah dia lakukan (tahallul), di samping untuk meminta fatwa terhadap apa yang berlaku. Aku memberitahu baginda bahwa aku tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Baginda bersabda, “Dia benar, dia benar. Apakah yang kamu katakan sewaktu mula mengerjakan haji?” katanya, saya (Ali) berkata, Aku berkata, ‘Ya ALLAH! Sesungguhnya aku berniat haji dengan apa yang diniatkan oleh Rasulullah.’ Sabda baginda, “Sesungguhnya bersama-samaku ada binatang sembelihan, maka janganlah kamu bertahallul.

Jabir menceritakan lagi: Jumlah orang yang mempunyai binatang sembelihan yang dibawa oleh Ali dari Yaman, dan juga binatang sembelihan yang dibawa oleh Rasulullah ialah 100 ekor. Kata Jabir: Orang ramai semuanya bertahallul dan bercukur kecuali Nabi dan mereka yang memiliki al-hadyu. Pada hari tarwiyyah (8 Zulhijjah), mereka menuju ke Mina dan bertalbiah dengan talbiah haji. Rasulullah menunggang tunggangannya. Di sana mereka solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kemudian mereka menunggu seketika sehingga terbit matahari. Baginda mengarahkan supaya dibina khemah berbentuk kubah untuknya di Namirah. Lalu Rasulullah berjalan dan orang-orang Quraisy percaya bahawa baginda hanya akan wuquf di al-Masy’aril Haram (bukit kecil di hujung Muzdalifah) sebagaimana yang dilakukan kaum Quraisy pada zaman Jahiliyyah. Tetapi Rasulullah terus bergerak sehingga sampai di Arafah. Di sana baginda mendapati kubah telah dibuat untuknya di Namirah. Baginda berada di situ sehingga tergelincir matahari. Baginda meminta supaya al-Qaswa (unta Nabi) dibawa dan dipersiapkan untuk ditunggang. Baginda pergi ke tengah-tengah lembah dan berkhutbah kepada orang ramai,

Sesungguhnya darah dan harta kalian haram (kehormatan yang tidak boleh dicerobohi) ke atas kalian, sebagaiman haramnya hari ini pada bulan ini di negeri ini. Ingatlah semua perkara jahiliyyah sekarang berada di bawah kedua-dua tapak kakiku (ditinggalkan dan batil). Pertumpahan darah secara jahiliyyah juga adalah batil. Sesungguhnya darah pertama dalam kalangan kita yang ditumpahkan secara batil ialah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Harith yang telah menyusu di Bani Saad dan dibunuh oleh Huzail. Riba jahiliyyah juga adalah batil. Riba pertama yang aku batilkan ialah riba bapa saudaraku, al-Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya semua itu adalah batil dan tidak boleh diterima.

Bertaqwalah kepada ALLAH dalam mengendalikan urusan wanita. Sesungguhnya kalian telah mengambil mereka berdasarkan amanah ALLAH. Kamu menghalalkan kemaluan mereka menggunakan kalimah ALLAH. Hak kamu yang mesti mereka tunaikan ialah tidak membenarkan tempat tidur kamu dipijak oleh orang yang tidak kamu sukai. Sekiranya mereka melakukannya, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukakan. Hak mereka yang mesti kamu tunaikan ialah memberi rezeki dan pakaian dengan baik.

Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kalian sesuatu yang kalian tidak akan sesat selepasku jika kalian berpegang dengannya iaitu kitab ALLAH. Kalian akan ditanya tentang aku, apakah jawapan kalian? Mereka (para sahabat) menjawab, “Kami menyaksikan bahawa sesungguhnya kamu telah menyampaikan, melaksanakan dan menasihatkan.” Sabda baginda sambil mengangkat jari telunjuknya kepada manusia, dan menggerak-gerakkannya, “Ya ALLAH! Saksikanlah, ya ALLAH! Saksikanlah. (diulang 3 kali).”

Kemudian diazankan, diiqamahkan dan ditunaikan solat Zuhur. Selepas itu diiqamahkan dan ditunaikan solat Asar, dan tidak dilakukan sebarang solatpun di antara kedua-duanya. Kemudian Rasulullah menunggang sehingga sampai ke tempat wuquf dan meletakkan perut untanya al-Qaswa (mendudukkannya) di batu-batu kecil, dan meletakkan simpulan tali di hadapannya. Baginda menghadap kiblat. Baginda terus wuquf sehingga matahari tenggelam, dan bulatan warna kekuningan di ufuk menghilangkan diri.

Rasulullah menunggangkan Usamah (bin Zaid bin Harithah) di belakang. Baginda menolak tunggangannya (menyuruh bangun), sedangkan al-Qaswa berasa sempit haluannya sehingga kepalanya menyentuh tempat meletakkan kaki penunggang (dekat leher unta). Baginda berkata sambil mengisyaratkan dengan tangan kanannya, “Wahai manusia! Bertenanglah, bertenanglah.” Setiap kali ada tunggangan yang ingin bangun, diberikan sedikit laluan agar ia dapat bangun.

Baginda mula bergerak sehingga sampai ke Muzdalifah. Di sana, baginda solat Maghrib dan Isyak dengan satu azan dia iqamah (Jama’ ta`khir), tiada tasbih di antara kedua-duanya. Kemudian Rasulullah berbaring sehingga terbit fajar. Baginda solat Subuh apabila masuk waktu Subuh dengan satu azan dan iqamah. Kemudian baginda menunggang al-Qaswa sehingga sampai di al-Masy’aril Haram. Baginda menghadap kiblat sambil berdoa, bertakbir, bertahlil dan mentauhidkan ALLAH. Baginda terus berada di situ sehingga hari betul-betul terang (tetapi sebelum terbit matahari).

Kemudian baginda bertolak sebelum matahari terbit. Al-Fadhlu bin Abbas menunggang bersama-sama baginda. Beliau adalah lelaki yang cantik rambutnya, berkulit putih dan segak. Ketika baginda bertolak, lalu di hadapannya unta yang ditunggangi oleh wanita, lalu al-Fadhlu melihat kepada mereka. Lantas Rasulullah meletakkan tangan baginda pada muka al-Fadhlu untuk menutup pandangannya daripada wanita tersebut. Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke lembah Muhassir. Kemudian baginda bergerak sedikit, lalu melalui jalan tengah dan keluar di Jamratul Kubra (Aqabah). Sehingga apabila sampai di Jamrah yang terletak berdekatan dengan pokok, baginda melontar 7 biji batu. Baginda bertakbir setiap kali melakukan lontaran. Batu itu sebesar batu kecil dan dilontarkan dari tengah wadi (lembah). Kemudian baginda pergi ke tempat sembelihan dan menyembelih sendiri 63 ekor sembelihan. Kemudian baginda menyerahkan kepada Ali untuk menyembelih bakinya, dan berkongsi dengannya dalam sembelihan itu. Kemudianbaginda mengambil beberapa ketul daging daripada setiap unta itu, lalu dimasak. Baginda memakan dagingnya dan menghirup kuahnya. Kemudian baginda melakukan tawaf ifadhah (tawaf rukun) di Baitullah, dan solat Zuhur di Mekah.

Baginda menemui Bani Abdul Muthalib yang sedang memberi minum air zamzam kepada orang ramai, lalu berkata, “Ceduklah, wahai bani Abdul Muthalib! Kalaulah bukan disebabkan bimbang kalian dikalahkan oleh ramai manusia (iaitu, bimbang manusia akan menganggap menceduk itu termasuk amalan haji, lalu berebut menceduknya sendiri dan menyebabkan terabai khidmat bani Abdul Muthalib tersebut), nescaya aku akan menceduknya sendiri (kerana besarnya fadhilat menceduk).” Lalu mereka menceduknya untuk Rasulullah dan baginda meminumnya.

Demikian hadis Jabir. Begitu banyak manfaat yang boleh kita peroleh sama ada berkaitan haji ataupun hukum-hakam lain. Antara yang sangat penting untuk kita perhatikan dan contohi, ialah semangat para sahabat dalam melakukan ibadah, juga semangat mereka dalam memelihara asholah ibadah dengan benar-benar memerhatikan bagaimana praktikal baginda Nabi melakukannya. Kerana mereka tahu, tiada cara ibadah terbaik melainkan yang menyamai perbuatan baginda. Lalu bagaimana kita? Penuhilah jiwa kita dengan cinta kepada baginda dengan mengikuti sunnah dan contoh kehidupan baginda dalam setiap segi kehidupan kita, kerana ia adalah salah satu syarat mendapat cinta ALLAH. Katakanlah (wahai Nabi), “Jika kalian mencintai ALLAH, maka ikutilah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kalian, dan mengampunkan dosa-dosa kalian.” ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang. (surah Ali Imran; 3:31)

Wednesday, November 19, 2008

Blogging... Mengapa?!


Tatkala melihat ramai ikhwah memiliki blog, terdetik juga rasa ingin memiliki blog seliaan sendiri. Walaupun pengetahuan berkaitan multimedia sangat kurang, namun ingin juga sekurang-kurangnya menumpahkan setiap rasa dan detik hati ke dalam bentuk tulisan. Sejak tahun pertama di universiti, saya ditugaskan mengeluarkan risalah untuk edaran pada setiap kali Jumaat. Mungkin sejak itu telah tercetus minat untuk menulis. Cuma biasanya setiap artikel lebih berbentuk ilmiah dan menggunakan kata ganti diri ketiga, sedangkan ada keinginan untuk ‘berbual’ dengan para pembaca, bentuk tulisan yang lebih ringan, natural dan datang dari hati.

Ketika mula mengenali buku-buku karangan seorang pendakwah terkenal, ‘Amru Khalid, saya sangat tersentuh dengan bahasa yang digunakan, kerana ia seolah-olah sedang berinteraksi dengan para pembaca. Bahasanya begitu lembut sehingga pembaca dapat merasakan kehadiran beliau di hadapan mereka. Sungguh, suatu sentuhan dakwah melalui penulisan yang sangat berkesan. Malah tidak sedikit mereka yang menghadiri kuliah pengajian beliau berubah kepada lebih baik pengamalan Islam mereka.

Kadang-kadang, ketika ada masa terluang, saya biasa menelusuri internet untuk melihat blog-blog yang sedia ada sebagai rujukan, atau sekadar memerhatikan tujuan seseorang membuat blognya sendiri. Di Malaysia saja, hampir setiap individu memiliki blog. Ada yang bermanfaat, dan tak kurang juga yang hanya diwujudkan untuk tujuan yang sia-sia dan tidak mendatangkan kebaikan untuk masyarakat. Malah ada juga blog, terutamanya yang dibina oleh golongan remaja seperti saya, yang menggunakan bahasa pasar dan ‘short form’ yang susah difahami. Walaupun mungkin ada isi yang boleh diambil dan buah berharga yang boleh dipetik, tapi unsur bahasa juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej. Penggunaan bahasa murahan seperti ini sebenarnya merosakkan bahasa Melayu sendiri yang perit diperjuangkan oleh institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. (pada masa akan datang kita akan bicarakan bab ini lebih jauh :D)

Ada antara blog yang menyumbangkan manfaat dengan perbincangan-perbincangan yang membuka minda masyarakat, sama ada membincangkan isu semasa, masalah berkaitan ibadah harian, mahupun menyentuh sesuatu isu dari perspektif baru yang berbeza dari pendekatan lama yang biasa digunakan.

Malangnya ada juga sesetengah blog hanya bertujuan untuk menghina individu-individu tertentu, atau mempertahankan prinsip mereka dengan cara yang tidak ilmiah dan hikmah, sehingga menimbulkan kesan hati yang keras dek kerana terlalu biasa dengan pendekatan debat yang kurang adab. Sungguh, saya berasa kecewa benar saat membaca blog-blog seperti ini, sedangkan ada di antara pemilik blog tersebut adalah golongan yang memiliki ijazah dalam bidang agama dan akademik. Sepatutnya keintelektualan mereka didaya gunakan untuk sesuatu yang memberi sumbangan kepada masyarakat umum, bukan sebaliknya membawa mereka kepada bentuk pengeliruan yang lebih besar. Umat sekarang sungguh dahagakan ilmu dan kefahaman yang benar terhadap agama, namun golongan yang memiliki kesedaran dan menyumbangkan idea dan tenaga mereka untuk keperluan masyarakat tersebut masih dikira sangat sedikit.

Saya tidaklah tergolong dalam kalangan intelektual agama yang mampu memenuhi keperluan masyarakat, tapi insya ALLAH sedang dalam usaha ke arah itu. Jadi blog saya ini memiliki banyak kekurangan dan banyak pula posting yang tiada apa-apa pengisian pun, hanya sekadar ‘copy and paste’ ditambah sedikit ulasan menurut kaca mata pandangan saya sendiri yang banyak cacat lemahnya. Tapi cuba memastikan setiap pandangan itu (atau petikan pandangan dari blog lain) adalah bersandarkan kepada al-Quran dan Sunah.

Mengapa? Kerana pandangan manusia terkadang buta dan hanya mampu menilai sesuatu peristiwa seadanya, sedang dengan bersandarkan kaca mata pandangan Islam berdasarkan nas dan wahyu ILAHI, sudut pandang itu akan menjadi lebih luas.

Ambil saja contoh peperangan Badar al-Kubra sebagaimana yang ALLAH ungkapkan dalam al-Quran. Pada mulanya para sahabat diajak oleh baginda Nabi keluar dari Madinah untuk menahan kafilah perdagangan Abu Sufyan dan merampas semula barang-barang sahabat Muhajirin yang mereka ditinggalkan di Mekah ketika peristiwa hijrah. Namun di pertengahan jalan, Rasulullah mengkhabarkan bahawa peperangan akan tercetus kerana kaum kafir Quraisy telah menghantar pasukan tentera untuk membantu kafilah Abu Sufyan. Apa reaksi para sahabat?

Mereka membantahmu (wahai Nabi) tentang kebenaran setelah nyata (bahawa mereka pasti menang), seakan-akan mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab kematian itu).
(surah al-Anfal; 8:6)

Malah majoriti sahabat lebih suka andai mereka bertemu dengan kafilah perdagangan daripada bertembung dengan pasukan tentera, kerana kurangnya kelengkapan perang yang ada pada mereka ketika itu. Kebanyakan mereka juga tidak memiliki pengalaman perang yang mencukupi. Tapi kehendak ALLAH adalah berlainan dengan apa yang mereka harapkan;

Dan (ingatlah) ketika ALLAH menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah (kafilah dagang) untukmu. Tetapi ALLAH hendak membenarkan yang benar dengan ayat-ayat NYA dan memusnahkan orang-orang kafir sampai ke akar-akarnya.
(surah al-Anfal; 8:7)

ALLAH berkehendak agar mereka bertembung dengan pasukan tentera Quraisy walaupun mereka tidak suka, kerana peperangan tentu berakibat kematian, sakit dan luka parah. Tapi mengapa ALLAH tetap mentakdirkan berlakunya peperangan?

Agar ALLAH memperkuat yang hak (Islam) dan menghilangkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa itu (musyrik) tidak menyukainya.
(surah al-Anfal; 8:8)

Begitulah! Ketakutan dan kebencian para sahabat hanyalah kerana natijah yang mampu mereka lihat adalah untuk jangka masa pendek, sedangkan pengaturan ALLAH memberikan impak yang sangat besar dalam jangka masa panjang. Seandainya perang Badar tidak berlaku, maka pasti akan melambatkan gerakan dan perkembangan dakwah Islam ketika itu, dan seterusnya memberi kesan sehingga ke hari ini.

Kerana itu, setiap pandangan kita biarlah bersandarkan kepada kedua-dua sumber ini; al-Quran dan Sunnah, barulah akan terhindar dari mengeluarkan pandangan atas dasar emosi dan akal logik kita semata-mata yang tentunya penuh keterbatasan.

Semoga blog yang cuba dibangunkan ini adalah atas landasan ini, insya ALLAH, dan memberikan manfaat walaupun sedikit kepada sesiapa yang melayarinya.

Friday, October 31, 2008

Tekad (A Tribute to iZiS)

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Ilahi Robbi...

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi...

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Ilahi Robbi...


Lagu 'Tekad' di atas dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid di Indonesia. Lagu yang sangat saya minati.

Mengapa? Kerana lirik yang dilontarkan memberi suatu gambaran tentang kehidupan seorang insan yang menginfaqkan hidupnya di jalan dakwah.

Dari awal lagi dah diperingatkan bahawa jalan yang ditempuh ini menjanjikan pelbagai cabaran, namun tetap diredah hanya kerana mencari redha ILAHI.

Setiap rangkap memberikan satu analogi yang sangat indah tentang kehidupan pendakwah. Umpama panah, pedang, tombak, butiran peluru, mata pena dan pisau belati. Semuanya siap demi redha ILAHI.

Saya ingin berkongsi, agar kita semua menikmati. Dan menghayati betapa dalam maksud yang ingin diungkapkan. Mudah-mudahan sebagai koreksi dan evaluasi buat setiap individu yang telah meneguhkan TEKAD untuk menelusuri jalan ini...

Saturday, October 25, 2008

Umar dan Baitul Maqdis


Ketika akan memasuki Baitul Maqdis, akan disambut oleh pembesar Romawi dan masyarakat banyak, Umar disarankan mengganti pakaianya dengan yang mewah, mengganti ontanya dengan kuda yang gagah, Umar tidak mau bahkan marah seraya mengatakan, “ Kita adalah kaum yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Bila kami mencari kemuliaan dengan selain Islam, maka Allah akan menghinakan kita”.

Suatu kalimat yang mengandung nilai-nilai keimanan yang sempurna, ketakwaan yang tinggi, akhlak yang agung, yang tidak sembarang orang mampu mengucapkan kalimat yang tegas tersebut, apalagi di zaman sekarang, bujukan meterialis dan kapitalis sangat menggoda.

Umar paham dan tahu bahwa kemuliaan seorang muslim disisi Allah bukan terletak pada pakaian yang indah, rumah yang mewah, harta yang melimpah, memiliki banyak sawah, makanan yang berkuah, sekali lagi bukan itu ! Mulianya seorang muslim disisi Allah terletak pada ketakwaannya, sikap rela sepenuh hati dan mengamalkan secara sempurna ajaran yang mulia (Islam) yang bersumber dari Dzat Yang Maha Mulia, Allah Yang Maha Agung.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS: Al
Hujuraat/ 49 : 130)

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. (QS: Al Maa’idah/5: 3).

Siapakah Umar yang telah berkata dengan tegas lagi bijaksana tersebut?

Umar yang dimaksud adalah Umar bin Kaththab bin Nufail bin Abdul ‘Uzaa bin Rabah bin Qurth bin Razah bin Ady bin Ka’ab bin Luay. Qiyadah (pemimpin) kaum muslimin yang bergelar Amirul Mu’minin, Abu Hafash Al Qurasyi, Al Adawi, Al Faruq.

Umar adalah sahabat Rasulullah saw yang memiliki kedudukan mulia disisinya bahkan pernah didoakan secara khusus. Imam Tirmidzi dan Al Hakim - dia menyatakan bahwa riwayat ini shahih – meriwayatkan dari ‘Uqbah bin Amir dia berkata, Rasulullah saw bersabda:

“Andai kata setelahku ada nabi pastilah dia Umar”.

Al Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah saw berdoa kepada Allah:

“Ya Allah muliakanlah agama Islam ini dengan Umar ibnu Khaththab”.

(Hadits serupa diriwayatkan oleh Imam Ath- Thabarani dalam kitabnya Al Awsath dari hadits Abu Bakar, sedangkan dalam kitabnya Al Kabir dari hadits riwayat Tsauban).

Umar juga mertuanya Rasulullah saw, karena anaknya yang bernama Hafshah merupakan istri keempat Rasulullah saw setelah Khadijah binti Khuwailid, Saudah binti Zam’ah, Aisyah binti Abu Bakar Siddiq.

Dalam rangka mengunjungi Baitul Maqdis di Palestina, tempat yang pernah dikunjungi Rasulullah saw dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj pada tahun ke 10 kenabian, Umar bin Khathathab meninggalkan kota Madinah, ibu kota pemerintahan Islam untuk sementara waktu.

Beliau meyerahkan urusan kota Madinah kepada sahabat seperjuangan dalam menegakkan agama Allah di muka bumi, menantu Rasulullah saw, Ali bin Abi Thalib.

Umar pergi ke Baitul Maqdis, Palestina atas usulan Ali bin Abi Thalib setelah menerima surat permohonan damai dari penduduk setempat yang dipimpin Uskup Agung Severinus.

“Pasukan Muslimin sudah bersusah payah menghadapi udara dingin, perang dan sudah lama meninggalkan kampung halaman... Kalau anda datang menemui mereka, kedatangan anda dan pasukan muslimin akan merasa aman, akan merasa sejuk. Semua ini akan membawa perdamaian dan kemenangan”, kata Ali bin Abi Thalib menyampaikan pendapatnya.

Umar berangkat meninggalkan kota Madinah menuju Baitul Maqdis dengan menggunakan unta kelabu, membawa dua buah karung, masing-masing berisi tepung gandum dan kurma, sebuah kirbat di depannya berisi air penuh dan sebuah bokor tempat makanan di belakangnya.

Beliau mengenakan baju gamis tebal terbuat dari kapas bergaris-garis yang sisinya sudah sobek.

Ketika akan sampai di tempat tujuan, Umar bin Khaththab sebagai seorang khalifah, pemimpin kaum muslimin, qiyadah bagi pengikutnya, melangkahkan kaki, mengayunkan tangan sambil menuntun ontanya, pembantunya yang bernama Maisarah duduk dipunggung onta.

Maisarah merasa tidak enak dan agak rikuh ketika Baitul Maqdis sudah ada di depan mata, para pembesar Nashrani dan masyarakat umum sudah siap menyambut kedatangan Umar bin Khaththab, pemimpin kaum muslimin. Umar tetap melanjutkan perjalanannya dan menyuruh pembantunya tetap diatas punggung onta, karena berdasarkan kesepakatan mereka berdua, mereka akan bergantian untuk naik onta dan menuntun onta, ketika akan sampai di tempat tujuan tibalah giliran Umar, beliau konsisten terhadap janji.

Sebagai pemimpin, Umar telah memberikan keteladanan yang agung kepada kaum muslimin terutama para pemimpin yang telah diberikan amanah mengurus umat nabi Muhammad saw, untuk konsisten terhadap janji, tidak “mentang-mentang”, tidak zalim kepada pengikut, pendukung atau pembantunya.

Umar tidak merasa hina menuntun onta dengan pakaian yang sangat sederhana sedangkan pembantunya tetap duduk dipunggung onta. Padahal beliau seorang penguasa kaum muslimin yang kekuasaannya sudah luas, yang terbentang dari Yaman sampai Syam.

Umar telah membuktikan, dengan takwa yang sebenar-benarnya, sikap hidup yang sederhana, jujur dan amanah, ada kepedulian kepada umat, menghargai pengorbanan prajuritnya yang telah berjuang dengan jiwa dan raga. Sehingga Umar dihormati oleh pengikutnya dan disegani oleh lawannya.

Kisah Umar bin Khaththab ke Baitul Maqdis telah memberikan pelajaran sangat berharga kepada kita, bagaimana seharusnya menjadi pemimpin umat,

Semoga kita dapat masuk Baitul Maqdis dan membantu rakyat Palestina agar lepas dari belenggu penjajah Zionis Israel.

H. Ferry Nur, S.Si.

eramuslim.com

Wednesday, October 22, 2008

Belasungkawa - Muhammad Ammar ar-Ridho


Berbicara soal kematian bukanlah suatu hal yang mudah. Mungkin ringan di mulut tapi berat untuk ditanggung, terutama bagi kerabat si mati dan sahabat handai yang rapat dengannya. Namun kematian adalah kepastian yang dijanjikan ALLAH;

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. (surah Ali 'Imran; 3:185)

Kematian tidak menuggu tua atau sakit. Jika telah tiba masa yang ALLAH tetapkan, kita tetap kan pergi mengadap NYA. Justeru kepentingan hidup kita di dunia adalah menyiapkan bekalan amal soleh dan menjadi peribadi muslih guna menghadapi fitnah alam kubur dan hari akhirat.

Kesabaran adalah antara kunci utama dalam menghadapi setiap musibah yang menimpa;


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk dia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu lebih baik baginya. Dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar, maka kesabaran itu lebih baik baginya. (HR Muslim, dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ar-Rumi)

Mungkin ada yang berkata, "Dia tak tahu apa perasaan kita, boleh la cakap macam tu," atau perkataan-perkataan lain yang senada.

Ketahuilah bahawa setiap mukmin itu bersaudara dan saling menguatkan antara satu sama lain. Ketika orang lain ditimpa musibah, kitalah yang akan mengingatkan bahawa perkara tersebut adalah ujian ALLAH dan punya hikmah tersirat yang tersendiri. Pada ketika yang lain ketika kita yang mengalami suatu dugaan yang benar-benar menguji keimanan, mereka pulalah yang akan mengingatkan dan menguatkan hati kita agar jangan berputus harap dari rahmat ALLAH.

Kematian, ungkapan yang mengundang sebak di dada dan pilu di hati. Amat biasa ia diiringi linangan air mata oleh mereka yang punya naluri insani. Demikian adalah bentuk rahmat yang ALLAH berikan sehingga manusia bisa saling mengasihi.

"Air mata itu bukti rahmat yang telah diletakkan ALLAH dalam hati hamba-hamba NYA. Dan hanyasanya ALLAH merahmati (mengasihi) hamba-hamba NYA yang pengasih". (HR al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Zaid Usamah bin Zaid)

Kehilangan insan yang paling kita cintai dengan diiringi kesabaran adalah salah satu jalan mendapatkan syurga;

Rasulullah bersabda, ALLAH berfirman, "Tiada ganjaran bagi seorang hambaKU yang telah AKU ambil kekasihnya (ibu, ayah, saudara, etc), kemudian dia mengharapkan pahala daripadaKU, selain ganjaran syurga." (HR al-Bukhari, dari Abu Hurairah)

Demikian tinggi nilai kesabaran sehingga ALLAH menjanjikan ganjaran tertinggi untuk golongan ini.

Apa pula ucapan yang layak dilafazkan ketika menghadapi berita kematian?

"Tiadalah seorang ditimpa musibah lalu berkata: 'inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Allahumma jurni fi mushibati, wakhlufni khairon minha' (Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH, dan kepada NYA kami akan kembali. Ya ALLAH, berikanlah pahala kepadaku dalam musibah ini, dan gantikanlah untukku yang lebih baik darinya), melainkan pasti ALLAH akan memberi pahala kepadanya dalam musibah itu dan menggantikan baginya sesuatu yang lebih baik dari apa-apa yang telah hilang." (HR Muslim, dari Ummu Salamah)

"Apabila mati anak kepada seorang hamba, maka ALLAH bertanya kepada malaikat, "Kamu telah mengambil roh dari buah hatinya?" Maka mereka menjawab, "Ya." Lalu ALLAH bertanya, "Lalu, apa yang dikatakan oleh hambaKU itu?" Mereka menjawab, "Dia hanya memuji ENGKAU dan mengucapkan istirja' (inna lillahi wa inna ilaihi roji'un)." Maka firman ALLAH, "Bangunkan untuk hamba KU itu sebuah rumah di syurga, dan namakanlah rumah itu Baitul Hamdi." (HR at-Tirmizi, dari Abu Musa al-Asy'ari)

Al-Fatihah dan belasungkawa untuk mujahid kecil yang kembali ke rahmatullah pada 21 Oktober 2008, kira-kira jam 7.00pm. Aku dan Abu Ammar sedang menunggu giliran untuk membeli tiket flight di KIA, ketika Abu Ammar mendapat panggilan yang menyampaikan berita sedih tersebut.

Hai Mujahid Kecil! Semoga kau menjadi syafaat untuk ibu ayahmu di akhirat kelak...

Seorang perempuan mendatangi Rasulullah lalu berkata : “Wahai Rasulullah, kaum laki-laki telah memperoleh hadith-hadith dari Tuan, maka berilah kami (kaum perempuan) hari Tuan memberikan pengajaran kepada kami tentang apa yang telah Allah ajarkan kepada Tuan.” Rasulullah menjawab, “Berkumpullah pada hari ini dan ini”.

Maka kaum perempuan itu berkumpul dan Rasulullah hadir memberikan pengajaran apa yang di ajarkan Allah kepadanya. Rasulullah bersabda: “Tiada di antara kalian perempuan yang ditinggal mati tiga anaknya kecuali ketiga-tiga anak tersebut menjadi penghalang (hijab) bagi perempuan itu dari api neraka. Seorang perempuan bertanya, “Dan dua orang anak ?”. Jawab Rasul, “(Ya) dan dua orang anak.” (Mutafaqqun 'alaihi)

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Allahumma jurni fi mushibati, wakhlufni khairon minha

Allahumma ij'alhu farothon wa dzukhran li walidaihi, wa syafi'an mujaba. Allahumma tsaqqil bihi mawazinahuma, wa a'dzim bihi ujurahuma, wa alhiq hu bi solihil mukminin, waj'al hu fi kafalati ibrahim, wa qihi bi rahmatika adzabal jahim.

(Ya ALLAH, jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala dan simpanan bagi kedua-dua orang tuanya dan pemberi syafaat yang dikabulkan doanya. Ya ALLAH, dengan musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatan mereka dan berilah pahala yang agung. Kumpulkan anak ini dengan orang-orang yang solih dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmatMU dari siksaan neraka Jahim.)

Tuesday, October 21, 2008

Menteri Imigrasi Baru Inggris: Jilbab Dilarang di Sekolah

eramuslim.com Isnin, 20 Oktober 2008
Hanya dua minggu di posisi barunya, menteri imigrasi baru Inggris, Phil Woolas, yakin bahwa hijab sebaiknya dilarang di sekolah-sekolah Inggris. Dan ini akan menjadi salah satu klausul yang akan masuk dalam undang-undang imigrasi baru Inggris.

"Penduduk yang mengenakan kerudung sebenarnya memiliki berbagai alasan. Ada yang karena kewajiban agama, ada juga yang karena terpaksa. Karena itu, soal kerudung harus dikembalikan kepada si pemakai," ucap sang menteri kemarin lusa.

"Tapi, di sekolah jangan dipakai. Karena ini bisa mempersulit proses belajar siswa."

Hijab sebenarnya merupakan bentuk ketaatan seorang wanita muslim kepada agamanya. Bukan simbol yang menunjukkan salah satu afiliasi agama Islam.

Di tahun 2004, bahkan Prancis melarang jilbab di tempat-tempat publik. Dan hal itu akhirnya diikuti oleh negara-negara Eropa lain.

Woolas yang setelah diumumkan namanya menjadi menteri sejak 3 Oktober dengan adanya reshufle kabinet, sebenarnya mendukung sekolah-sekolah muslim yang ada di negara-negara Eropa.

"Tapi, sekolah harus mengurangi adanya jurang perbedaan. Mereka harus belajar tentang seluruh keyakinan. Murid-murid dari berbagai agama pun harus diizinkan masuk. Dari situ, perilaku ekslusif akan berkurang," ucap sang menteri.

Woolas yakin bahwa muslimah di Inggris harus punya pijakan dalam bursa tenaga kerja, walaupun pekerjaan itu bertentangan dengan budaya mereka.

Saat ini, di Inggris berdomisili kurang lebih 2 juta warga muslim.
Kebiadaban Terhadap Islam

Seperti seorang Mekanik yang saban waktu memperbaiki kenderaan rosak dibengkelnya, tiba-tiba ingin bercakap tentang soal kesihatan yang seharusnya menjadi permainan Sang Doktor!

Demikianlah golongan ini memberikan pandangan sewenang-wenangnya terhadap Islam, seolah-olah mereka adalah bijak pandai yang telah lama bergelut dengan ilmu Syariah Islamiyah. Apakah mereka mengira Islam adalah agama yang begitu mudah, sehingga segala hukumnya ditentukan oleh tangan manusia, sebagaimana agama mereka? Sungguh, Islam adalah agama sempurna yang bebas dari campur tangan makhluk.

Sony tarik balik alat permainan

Berita Harian 20 Oktober 2008


Permainan Sony's LittleBigPlanet yang mencetus kemarahan umat Islam.

Timbul kemarahan umat Islam kerana muzik gabung ayat al-Quran

CHICAGO: Pengeluar permainan video terkemuka dunia, Sony, menarik balik berjuta-juta salinan permainan baru komputer selepas ia menimbulkan kemarahan umat Islam kerana menggabungkan muzik dengan ayat al-Quran, lapor akhbar Chicago Sun-Times.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf di atas sebarang kesilapan yang dicetuskan," kata Pengarah Komunikasi bagi Sony Computer Entertainment of America, Patrick Seybold.

Permainan Sony's LittleBigPlanet, yang dijadualkan berada di pasaran Jumaat ini, memaparkan gabungan sebuah lagu dengan dua ayat al-Quran.


Ini bukan kali pertama syarikat pengeluar menarik balik permainan dari pasaran kerana menghina umat Islam. Firma Nintendo dari Jepun terpaksa mengubah suai permainan yang sudah dipasarkan, The Legend of Zelda: Ocarina of Time selepas mendapati ia mengandungi zikir.

Bulan lalu, permainan komputer yang menonjolkan wira Amerika yang dihantar untuk 'memusnahkan umat Islam' mencetuskan kemarahan di Britain.


Apa iktibar yang mampu kita pelajari?

1. Musuh-musuh Islam tidak pernah senang dengan Islam dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghina dan menjatuhkan martabat Islam dan umatnya;
Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLAH (surah al-Baqarah; 2:120)
2. Pelbagai cara akan mereka gunakan untuk merealisasikan kebencian mereka terhadap Islam

3. Propaganda seperti ini akan sentiasa disebarkan. Kebencian mereka akan sentiasa diwariskan kepada generasi seterusnya.

4. Fikrah sesat sebegini telah mula (malah sejak sekian lama) ditanam dalam minda dan jiwa anak-anak kecil. Sama ada melalui video games atau toys.

5. Lalu anak-anak mereka (malah sasaran mereka adalah anak-anak umat Islam) akan membesar dalam keadaan berpandangan Islam hanyalah agama remeh yang boleh dipermainkan, sama ada dalam games mahupun dalam kehidupan realiti.

Saturday, October 18, 2008

muwasofat fardul muslim...

Oleh: Drs. H. Ahmad Yani

Al-Qur’an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang amat penting adalah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur’an dan sunnah adalah peribadi yang shaleh, peribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya terwarnai oleh nilai-nilai yang datang dari Allah Ta’ala. Persepsi masyarakat tentang peribadi muslim memang berbeda-beda, bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah, padahal itu hanyalah salah satu aspek yang harus lekat pada peribadi seorang muslim. Oleh karena itu standar peribadi muslim yang erdasarkan Al-Qur’an dan sunnah merupakan sesuatu yang harus dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim. Bila disederhanakan, sekurang-kurangnya ada sepuluh profil atau ciri khas yang harus lekat pada peribadi muslim.

1. Salimul Aqidah

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya:

‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162).

Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah.

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasulullah yang penting, dalam satu haditsnya; baginda menyatakan: ’shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.’ Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq.

Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah diutus untuk memperbaiki akhlak dan baginda sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur’an, Allah berfirman yang artinya: ‘Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi.

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri

Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat
yang merangsang manusia untuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya:

Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219).

Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivitas berpikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya:

Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatun Linafsihi.

Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

7. Harishun ‘ala Waqtihi.

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah banyak
bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.

Allah memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan: ‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

http://www.chinawholesalegift.com/pic/Horloge-Gifts/Mini-Clock/Twin-Bell-Alarm-Clock-15514472244.jpg

8. Munazhzhamun fi Syu’unihi.

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kontinyuitas dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun ‘alal Kasbi.

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan.
Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Karena itu peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa
menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an maupun hadits dan hal itu memiliki
keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.

10. Naafi’un Lighoirihi.

Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat
dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya.

Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).


Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita standarisasikan pada diri kita masing-masing.