Friday, January 30, 2009

Public Lecture; Contemporary Issues in Palestine

Alhamdulillah.

Saya baru menghadiri suatu forum umum berkaitan isu Palestin yang diadakan di Islamic Information Center (IIC) Sarawak.

IIC Sarawak

Majlis dimulakan pada kira-kira jam 2.30pm. Barisan ahli panel terdiri daripada Tuan Haji Shahool Hameed (Aman Palestin), Rev. Fr. Stephen Lim (Trinity Catholic Church) dan Dr Radwan Jamal Yousuf Hussein al-Atrash (UIA).

Ahli panel pertama menyampaikan syarahan ringkas bertajuk 'An Insight into the Struggles of the Palestenians'. Beliau menyentuh tentang isu pendudukan Yahudi di Palestin dari aspek sejarah. Menurut beliau, fakta sejarah yang tidak mungkin dipungkiri menunjukkan bahawa dakwaan golongan Yahudi berkenaan hak mereka untuk menduduki Palestin adalah tidak kukuh. Hal ini kerana moyang mereka yang pertama masuk ke Palestin adalah Nabi Ibrahim, dan baginda masuk ketika itu hanyalah sebagai tetamu, kerana ketika baginda masuk, telah ada bangsa Arab Kan'an yang menduduki bumi suci itu dan membangunkan peradaban di sana.

Tambahan lagi, generasi pertama kaum Yahudi, iaitu anak-anak Nabi Yaakub, berkembang biak di Mesir, bukan di Palestin, iaitu setelah Nabi Yusuf 'alaihis salam yang menjadi Bendahara Mesir ketika itu mengajak seluruh ahli keluarganya untuk berpindah ke Mesir dari Jurusalem. Malah keturunan mereka tinggal di sana selama beberapa abad.

Barisan panel

Sebelumnya, beliau mendedahkan fakta yang sangat menarik. Dalam al-Quran, ALLAH menceritakan komplot jahat abang-abang Nabi Yusuf untuk membunuh baginda, hanya kerana baginda lebih dicintai oleh ayah mereka (Nabi Yaakub), sedangkan ketika itu, Nabi Yusuf hanyalah anak kecil berusia lebih kurang 10 tahun;

"Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke suatu tempat, agar perhatian ayah tertumpah kepada kalian, dan setelah itu kalian menjadi orang yang baik." (surah Yusuf; 12:9)

Tapi kemudian yang berlaku ialah Nabi Yusuf dicampakkan ke dalam sebuah perigi;

Maka ketika mereka membawanya, dan sepakat memasukkannya ke dasar sumur, KAMI wahyukan kepadanya, "Engkau kelak pasti akan menceritakan perbuatan ini kepada mereka, sedang mereka tidak menyedari." (surah Yusuf; 12:15)

Kemudian, mereka pulang kepada ayah mereka lalu melakukan suatu kebohongan yang sangat besar!

Kemudian mereka datang kepada ayah mereka pada petang hari sambil menangis. Mereka berkata, "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami pergi berlumba, dan kami tinggalkan Yusuf berdekatan barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. Dan engkau tentu tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami berkata benar." (surah Yusuf; 12:16-17)

Lihatlah! Betapa genetik buruk telah wujud sejak generasi Yahudi yang pertama. Mereka sanggup membunuh saudara kandung yang masih kecil hanya kerana perasaan cemburu, dan sanggup menipu ayah sendiri! Lantas tidak hairanlah ketika keturunan mereka pada saat ini langsung tidak mempedulikan mangsa yang mereka bunuh. Apakah lelaki, wanita, orang tua, kanak-kanak, wanita mengandung hatta bayi yang masih menyusu. Semuanya menjadi sasaran. Dan mereka juga tidak pernah mematuhi sebarang perjanjian! Sejak mengikat janji dengan baginda Nabi dalam piagam Madinah mahupun ketika PBB mengeluarkan pelbagai resolusi, kerana mereka adalah bangsa pendusta!

Tn Hj Shahool Hameed

Yahudi laknatullah, turut mengklaim tanah Palestin adalah milik mereka, malah hal tersebut menurut mereka turut disebutkan dalam al-Quran. Apakah benar demikian?

Tn Hj Shahool menjelaskan, dalam al-Quran, ALLAH ada menyentuh isu ini. Antaranya yang diserukan Nabi Musa dalam ayat berikut;

"Wahai kaumku! Masuklah kalian ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan ALLAH bagi kalian (selama kalian beriman dan taat kepada ALLAH), dan janganlah kalian berbalik ke belakang (kerana takutkan musuh). Kelak kalian menjadi orang-orang yang rugi." (surah al-Ma`idah; 5:21)

Dalam ayat lain;
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji TUHANnya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. DIA berfirman, "Sesungguhnya AKU menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia." Dia (Ibrahim) berkata, "Dan (juga) dari anak cucuku?" ALLAH berfirman, "(Benar, tetapi) janji KU tidak berlaku bagi orang-orang zalim." (surah al-Baqarah; 2:124)

Perhatikanlah. ALLAH bukan secara mutlak memberikan tanah Palestin kepada Yahudi, tetapi dengan syarat mereka tetap beriman, taat dan melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. Lalu pertuduhan yang mereka lakukan sekarang, sungguh, hanyalah suatu kedustaan belaka.

Syarahan kedua bertajuk 'A Christian Perspective to the Palestinian Tragedy', disampaikan oleh Rav. Fr. Stephen Lim. Beliau menyentuh tentang isu Palestin, dan mengajak kita memikirkan bahawa masalah ini adalah isu kemanusiaan dan keamanan global.

Rav. Fr. Stephen Lim

Syarahan terakhir disampaikan oleh Dr Radwan Jamal. Seorang Palestini yang kini menjadi pensyarah kuliah ilmu wahyu di UIA. Syarahan beliau bertajuk 'Road Map to Peace in Palestine'. Beliau menjelaskan duduk sebenar hal ini, menyampaikan perkembangan di Palestin, menafikan suara-suara sumbang yang datang dari golongan yang tidak begitu memahami masalah di sana, mewakili rakyat Palestin menyatakan harapan mereka berkaitan peperangan ini dan menyampaikan hasrat mereka terhadap kita di sini, perlunya kita menyumbangkan usaha seoptima mungkin untuk membantu dan menghulurkan bantuan buat mereka di sana. Sekurang-kurangnya menurut beliau, angkatlah tangan menengadah ke langit, lantas pohonlah doa dengan sungguh-sungguh buat ikhwah wal akhawat kita di sana yang saban waktu diserang dengan bom dan dibunuh.

Dr Radwan Jamal

Kali terakhir beliau pulang ke Palestin adalah pada tahun 1999. Antara pengalaman yang dikongsikan ialah beza waktu perjalanan sebelum dan selepas wujudnya tembok pemisah antara Palestin dan Israel. Sebelum ini menurut beliau, beliau hanya memerlukan waktu sekitar 1 jam 40 minit untuk sampai ke rumah saudaranya. Namun kini, setelah terbinanya tembok durjana setinggi 10 meter itu, beliau pernah mengambil masa selama 40 hari untuk tiba di destinasi yang sama!!!

Ketika sesi soal jawab

ALLAHU AKBAR...!!!

Sampai bila pertentangan ini akan berakhir?

Gerakan intifadhah yang dicetuskan pertama kali pada tahun 1987, di bawah pimpinan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin benar-benar memberikan kesan kepada kedua-dua pihak; penduduk Palestin dan askar penceroboh Israel. Jika sebelumnya rakyat Palestin begitu takut dengan askar-askar terkutuk itu dan akan bertempiaran lari jika bertembung. Namun setelah intifadhah tercetus, mereka tidak akan lari lagi, walaupun muncung senapang diacu betul-betul di hadapan mereka. Manakala askar laknat Israel pula mengalami trauma untuk terus berperang. Ketika ini, dan ketika intifadhah seterusnya tercetus; sehingga memaksa Ariel Sharon menarik tenteranya dari Gaza, membuktikan bahawa bangsa Zionis Israel hanya mampu diajar dengan persenjataan. Sekadar perdamaian dan menurunkan tanda tangan memeterai sebarang perjanjian tidak akan pernah membuahkan sebarang hasil.

Forum ini juga berjaya menarik perhatian warga non-muslim. Ketika sesi soal jawab, beberapa kalangan yang hadir menanyakan soalan untuk menyingkap kesamaran yang selama ini menyelubungi mereka. Dan alhamdulillah, para panelis forum dapat menjawabnya dengan baik dan menjelaskan kesamaran tersebut, hingga akhirnya isu ini makin disambut baik oleh kalangan bukan Islam sebagai isu kemanusiaan.

Mendoakan forum seperti ini dapat diadakan lagi dengan kehadiran yang lebih baik.

Bergambar kenangan bersama ahli panel

Monday, January 19, 2009

Antara Dua...

Pada masa kini, sekurang-kurangnya ada 2 isu yang sedang hangat dibincangkan oleh rakyat Malaysia.

Isu pertama tentulah isu yang mendapat perhatian dunia, yakni isu Palestin. Rasanya tiada siapa yang tidak tahu menahu tentang isu ini. Semua syarikat media, elektronik dan cetak, telah memainkan peranan dengan sangat baik untuk menunjukkan kepada rakyat akan kekejaman dan kebiadapan bangsa tidak bertamadun Yahudi Zionis. Jika sebelumnya masyarakat masih belum begitu sedar walaupun wujud banyak pihak yang cuba memberi penerangan, namun kini suasananya lebih positif dengan pelbagai usaha yang sumbangan yang disalurkan, melalui pelbagai jalur dan tabung kutipan yang dilancarkan.

Sebagai umat Islam, menjadi kewajipan kepada kita untuk memandang isu ini sebagai isu aqidah; pertentangan antara Yahudi yang ingin merampas tanah haram milik umat Islam, dengan ikhwah wal akhawat kita yang sedang berjuang mempertahankannya. Manakala bagi non-muslim juga harus memandang isu ini sebagai isu kemanusiaan, setelah dunia menyaksikan sikap kebiadapan dan kebinatangan tentera Yahudi Zionis laknatullah!

Isu kedua pula, yang turut menarik perhatian sebahagian besar masyarakat Malaysia (malah mungkin lebih diberi perhatian berbanding isu pertama tadi!?) adalah majlis penganugerahan yang baru diadakan malam semalam (ketika artikel ini ditulis); iaitu Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23).

Dengan tema 'Iluminasi Penuh Cahaya', ia disambut penuh gilang gemilang dengan dihadiri ribuan orang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis Anugerah ini bersifat tahunan, dan pada setiap tahun pasti disambut dengan penuh gilang gemilang.

Namun isu yang ingin saya sentuh adalah berkaitan perhatian umat Islam khususnya terhadap kedua-dua isu ini. Apakah salah, ketika dunia sedang hangat membincangkan tentang isu Palestin, dan masyarakat dunia sedang sibuk memikirkan nasib saudara-saudara kita di sana, entah akan dibom, dibunuh atau disembelih, kita menangguhkan majlis seumpama ini pada tahun ini? Bukan sedikit dana yang dikeluarkan. Untuk hadiah wang tunai bagi para pemenang sahaja telah memakan belanja sebanyak RM 81,000, dengan perinciannya seperti berikut:
  1. Juara Lagu ke-23 - RM25,000 dan trofi
  2. Juara Etnik Kreatif - RM12,000 dan trofi
  3. Juara Balada - RM12,000 dan trofi
  4. Juara Pop Rock - RM12,000 dan trofi
  5. Persembahan terbaik - RM10,000 dan trofi
  6. Vokal terbaik - RM10,000 dan trofi
Itu belum lagi belanja untuk hadiah trofi dan perbelanjaan lain yang tentunya mencapai ratusan ribu ringgit.

Ke manakah wang itu akan digunakan oleh para pemenang? Mujur kalau mereka memiliki keprihatinan dan menyumbangkan sebahagian besarnya ke tabung Palestin, kerana pendapatan yang telah mereka dapatkan sebelumnya, hasil dari persembahan-persembahan yang dibuat di serata Tanah Air boleh dikira lumayan. Lihat saja kehidupan sebagian mereka yang dililit kemewahan. Jadi hadiah kemenangan itu tidak menambahkan apa-apa melainkan kekayaan sedia ada. Tapi apakah memang demikian yang akan berlaku?

Fikirkanlah sejenak, berapa banyak sumbangan yang dapat diberi andai majlis ini dibatalkan pada tahun ini, dan diadakan semula pada tahun hadapan (kalau dibatalkan terus pun elok juge :) ). RM100,000 akan dimasukkan ke dalam tabung Palestin hasil sumbangan para artis!!! Namun ketika kita dibelit kemewahan, memang sukar untuk merasai kesusahan.

Perhatian masyarakat pula? Ke arah mana ia dialihkan?

Berapa ramai yang sibuk berfikir artis mana yang akan menang untuk kategori sekian, berdoa mengharapkan pujaan kesayangannya mendapat juara pada malam itu, begitu asyik menyaksikan persembahan para artis, sehingga mereka terlupa sejenak nasib saudara mereka sendiri di bumi Gaza.

Ketika kita sedang giat menyeru usaha memboikot barangan Yahudi dan AS, saya terfikir, bukankah sambutan-sambutan dan gaya hidup seperti ini juga adalah produk dan acuan dari sana? Mengapa tidak diboikot jua?


Wednesday, January 14, 2009

Kewajipan Umat Terhadap al-Quds

Ketika artikel ini ditulis, Infopalestina melaporkan sebanyak 975 jiwa telah gugur syahid dan 4300 tercedera. ALLAHU AKBAR!!! Bilakah Yahudi Zionis itu akan berhenti! Tentu, mereka tidak akan berhenti sehingga matlamat menghapuskan umat Islam keseluruhannya dari bumi Palestin itu tercapai. Namun perkembangan terbaru yang dilaporkan media juga menambahkan semangat, harapan dan doa kita buat ikhwah di sana. Serangan HAMAS memaksa pasukan Yahudi laknat itu berundur dari Gaza. "Kalian hanya memperpendek umur kalian!" demikian yang diungkapkan oleh Ketua Tertinggi HAMAS, Khalid Misy'al.

Di samping itu, kita sebagai umat Islam, memiliki kewajipan terhadap Palestin. Walaupun secara geografinya, ia jauh, namun ikatan aqidah sentiasa mendekatkan kita dengan ikhwah akhawat di sana dalam doa, ingatan dan harapan kita. Sekurang-kurangnya kita memiliki 5 kewajipan penting terhadap bumi para Anbiya` tersebut:

1. Memahami permasalahan

Ini adalah kewajipan kita yang pertama. Seharusnya setiap individu Muslim cuba memahami dan mendalami rentetan perjuangan Palestin, sejak tertubuhnya negara haram Israel pada 1948 sehingga hari ini. Kita juga perlu jelas bahawa permasalahan ini bukan hanya permasalah suatu kelompok masyarakat yang berjuang untuk membebaskan tanah air mereka dari penjajahan, tapi permasalahan ini melibatkan umat Islam di seluruh dunia kerana Palestin adalah milik umat Islam.

Mengapa ALLAH mengisra`kan baginda Nabi ke Palestin dahulu, sedangkan DIA Maha Berkuasa untuk terus mengangkat baginda naik ke langit dari Masjidil Haram? Tidak lain adalah sebagai menyatakan kepentingan tanah haram Baitul Maqdis yang menjadi milik hamba-hamba NYA yang beriman, dan ia perlu terus dipertahankan dari dinodai dan dijajah oleh bangsa tidak bertamadun seperti yahudi. Ia adalah isu aqidah!!! Ia adalah pertembungan di antara Islam dan Yahudi, lantas menuntut perhatian besar dari semua individu yang bergelar Muslim. Hal ini sangat penting, tambahan pula masih terdapat segelintir dari komuniti yang tidak jelas dengan kedudukan sebenar sehingga kurang memberikan sokongan apabila isu ini diutarakan.


Gambar ehsan Berita Harian

2. Memahamkan kepada yang lain


Ini juga adalah kewajipan kita, kerana umat Islam dibebankan dengan kewajipan dakwah. Ketika kita menemui rakan-rakan dan handai taulan yang masih kurang mengendahkan isu Palestin, maka tanggungjawab menjelaskannya adalah terletak di atas pundak kita.

3. Jihad dengan harta

Antara yang boleh dilakukan ialah dengan menyumbang kepada tabung-tabung Palestin yang sedang dilancarkan. Tapi tentu sebelum menyumbang kita perlu pastikan sumbangan kita benar-benar akan disalurkan ke jalur yang sepatutnya, i.e. HAMAS kerana kita meyakini perjuangan ikhwah kita adalah demi agama. Laburkanlah wang semampu kita. Biarlah wang itu kelak akan menjadi saksi kita di hari akhirat kelak. Telah banyak duit poket yang kita habiskan untuk hal yang sia-sia, malah mungkin hal yang mengundang dosa, wal 'iyadzu billah. Jadi ambillah peluang dan kesempatan ini, mudah-mudahan sebagai salah satu amalan yang mampu kita lakukan untuk menebus kesalahan lalu dalam hal berbelanja.

Sebenarnya sangat kita kesalkan, ketika wujud segelintir dalam kalangan kita, yang tidak merasa rugi ketika menghabiskan perbelanjaan mereka untuk perkara duniawi yang bersifat sementara. Malah mungkin terkadang perasaan ini juga wujud dalam diri kita. Berapa banyak kredit yang telah dihabiskan oleh rakyat Malaysia untuk mengundi artis-artis kesayangan mereka. Berapa banyak pula yang telah dilaburkan untuk mengadakan suatu majlis konsert, tarian, atau majlis pernikahan yang tergolong membazir. Tetapi kita merasa suatu kerugian ketika wang dengan jumlah yang jauh lebih sedikit dari itu ingin disumbangkan ke tabung Palestin, sedangkan ganjaran yang ALLAH sediakan adalah kekal selama-lamanya.

Satu lagi usaha kita adalah dengan memboikot barangan dari Israel dan Amerika. Ini adalah kewajipan! Cukuplah selama ini kita menyumbang kepada ekonomi mereka. Selama hayat kita di dunia ini, tidak pernah kita menghentikan aliran wang kita ke sana. Maka sahutlah seruan pemboikotan ini, dan tahanlah tangan-tangan kita mulai sekarang, dari menyalurkan sumbangan kepada kemajuan dan perkembangan ekonomi mereka.

4. Jihad dengan jiwa

Itulah jihad yang tertinggi. Sanggup menegenepikan perasaan dan emosi, mengorbankan diri demi Islam, demi membebaskan bumi Palestin. Amal isytisyhadiah yang mereka lakukan bukanlah perkara mudah dan dapat dilakukan oleh setiap individu, melainkan tentu hanya nereka yang memiliki kemantapan iman boleh melaksanakannya tanpa ragu-ragu.

Dr Azzam Tamimi, seorang warga Palestin yang tinggal di UK, merupakan pakar isu Palestin di peringkat antarabangsa, pernah menceritakan tentang seorang wanita warga pelarian Palestin di Lubnan. Umur wanita tersebut ketika itu sekitar 80-an. Ketika ditanya adalah dia sanggup mengirimkan anak-anaknya untuk melakukan aksi bom syahid, dengan penuh yakin dan mantap, dia mengatakan hatta jika mempunyai kesempatan, dirinya sendiri akan turut serta dalam aksi tersebut. Subhanallah! Hanya dasar iman yang kukuh akan memiliki semangat jihad seumpama ini.

Bahkan disebutkan dalam sekian hadith sohih, baginda Nabi menyerukan umatnya untuk memupuk semangat jihad dalam diri masing-masing. Jangan sampai kita mati, tapi tak pernah terdetik dalam sanubari kita, semangat untuk berjuang membela agama yang kita anuti ini.

5. Doa

Doa adalah senjata golongan beriman. Dalam setiap masa dan ketika ALLAH sentiasa mengingatkan hamba-hamba NYA untuk berdoa kerana DIA adalah TUHAN yang Maha Memakbulkan permintaan.

apalestin.jpg
Gambar ehsan Utusan Malaysia


Mohonlah doa buat ikhwah wal akhawat kita di sana. Laksanakanlah juga qunut nazilah dalam setiap solat fardhu kita. Ajaklah rakan-rakan kita untuk turut sama berdoa dan melaksanakan usaha-usaha lain seumpama boikot. Adakah kita begitu kedekut untuk hanya sekadar menadah tangan memohon kepada ALLAH untuk perjuangan mereka di sana? Sedang kita masih lalai dan leka dengan nikmat dunia yang kita kecapi di tanah air kita.

Adakah kita masih lagi ingin menuturkan, "Syukur kerana negara kita masih aman." Adakah tepat ungkapan itu diucapkan? Sedangkan perjuangan mereka adalah demi meninggikan kalimah ALLAH! Adakah kita patut bersyukur, sedangkan kerana keamanan itulah kita terleka dengan kesenangan hidup dan kemewahan dunia. Kesyahidan mereka mendapat jaminan syurga, sedang kehidupan kita penuh dengan noda dan tipuan bisikan nafsu dan syaitan.

Ayuh! Semua ini adalah kewajipan kita bersama. Mereka di sana berjihad dengan memegang senjata. Maka ini adalah jihad kita.

Friday, January 2, 2009

Sambutan Tahun Baru: Antara di sini & di sana

Di sini kita berjaga,
Di sana mereka berjaga-jaga...

Di sini kita menanti saat 12am,
Di sana mereka menanti setiap detik ketika...

Di sini, indah percikan bunga api menghiasi langit malam,
Di sana, kelabu kepulan asap memudarkan langit kelam...

Di sini, bertalu-talu dentuman mercun dan bunga api,
Di sana, bertubi-tubi bedilan peluru dan bom pemusnah...

Di sini kita berteriak kegembiraan, menangis terharu riang gembira,
Di sana mereka berteriak kegeraman, menangis hiba penuh duka...

Di sini kita ceria menyemai azam baru,
Di sana mereka derita, mengharap sinar dahulu...

Di sini, apa-apa saja boleh kita lakukan,
Ah! Lihat saja para pemuda pemudinya, TEWAS dikalahkan nafsu dan serakah diri semata...
Di sana, apa yang boleh mereka lakukan...?
Nah! Lihatlah para pemudanya, SYAHID menentang musuh durjana...

DI SINI!!! Bila nak sedar...? Bila nak bertaubat...? Bila nak kembali...?

SMS dikirim ikhwah ketika malam sambutan tahun baru 2009.