Monday, August 31, 2009

Maher Zain - Palestine Will Be Free

video

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
........................................................
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Maher Zain Facebook

Friday, August 28, 2009

Agar Ramadhan Lebih Dihayati

Membicarakan tentang tujuan Ramadhan, eloklah kita kembali kepada ayat al-Quran yang menyebutkan tentangnya;

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (surah al-Baqarah; 2:183)

Walaupun dalam kesibukan kita membicarakan tentang kelebihan puasa dari sudut sains dan kesihatan, serta pelbagai hikmah lainnya, janganlah sampai melupakan tujuan yang paling utama dan matlamat yang ALLAH telah tetapkan; yakni menggapai taqwa. Adapun manfaat-manfaat lain adalah sebagai hikmah sampingan yang boleh menjadi pemangkin tambahan untuk kita melaksanakan ibadah puasa tersebut.

Dalam menghayati ayat di atas, ALLAH meletakkan target TAQWA dari perlaksanaan ibadah puasa. Adakah itu bermaksud dengan hanya puasa semata-mata taqwa itu mampu diraih?

Berhenti sejenak!

Marilah merenung sebuah hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang mengingatkan kita semua dengan suatu fenomena yang sangat bahaya;

Berapa ramai orang yang berpuasa, tidaklah dirinya mendapat apa-apa dari puasanya itu melainkan lapar dan dahaga. (HR an-Nasa`ie dan Ibnu Majah, dari Abu Hurairah)

Mengapa boleh jadi demikian? Tidakkah sepatutnya puasa mendidik jiwa dan membentuk diri menjadi insan berTAQWA seperti tersebut dalam ayat di atas? Jadi mengapa masih terdapat individu yang berpuasa, tapi sungguh malang kerana puasanya tidak menghasilkan natijah seperti yang diharapkan?

Hal ini kerana puasa yang dilakukannya tidak menepati standard yang ALLAH dan Rasul-NYA telah tetapkan.

Analoginya mudah.

Dalam menjalani kehidupan di dunia, dan ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan yang manusia amanahkan kepada kita, ada KPI (key performance index) tertentu yang perlu dipenuhi. Seandainya sesuatu pekerjaan tersebut berjaya kita laksanakan namun KPI-nya tidak terpenuhi, maka hasil kerja dan penat lelah kita akan direject!

Seorang guru yang mengajar di dalam kelas hanya meletakkan matlamat untuk menghabiskan silibus yang dibekalkan, tanpa berusaha memastikan setiap bab yang diajarnya itu difahami dengan baik oleh para pelajarnya. Maka walaupun guru tersebut berjaya menghabiskan silibus, namun ada KPI yang terlepas pandang.

Hasil penat lelahnya juga sia-sia.

Itu adalah amalan seharian di dunia.

Apalagi ibadah dalam Islam. Tentu ada perkara tertentu yang sangat perlu dititikberatkan.

Melihat kepada realiti kehidupan di universiti, saya hanya menyebutkan beberapa contoh untuk tatapan dan renungan kita bersama.

Sepasang couple yang sedang bercinta dan berkasih-kasihan, berhubungan tanpa batas dan melanggar ketentuan syara, kedua-duanya beriringan berjalan menuju ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Lalu ketika azan Maghrib berkumandang, si lelaki membaca doa buka puasa yang diajarkan oleh baginda Nabi, lalu kedua-duanya pun menikmati hidangan yang dibeli sebentar tadi.

...Tamat scene 1....

Dua orang sekawan yang tinggal sebilik menghabiskan masa untuk menonton video movie sepanjang hari. Mereka hanya berhenti rehat sementara untuk menunaikan solat di bilik tatkala masuk waktu, lalu setelahnya kembali menyambung tontotan video tadi. Ketika masuk waktu berbuka, kedua-duanya hanya berbuka di bilik, kemudian solat maghrib di bilik. Setelah itu mereka mempersiapkan diri, mandi, berkemas, mengenakan pakaian yang bersih dan berkain pelikat untuk menunaikan solat tarawih. Tatkala azan Isya berkumandang, mereka menunaikan solat Isya di bilik. Setelah itu mereka bergegas ke surau untuk solat tarawih secara berjemaah.

...Tamat scene 2....

Seorang muslim yang sedang berpuasa, bangun sahur, solat Subuh berjemaah di surau dan tidak ketinggalan menunaikan solat Tarawih bersama rakan-rakannya yang lain. Namun sepanjang harinya hanya dipenuhi dengan perbuatan menyakiti hati rakan-rakannya yang lain. Setiap kali bergaduh, hanya kata-kata kesat, makian dan sumpah seranah yang berhambur keluar dari mulutnya. Andai semua sumpah itu dapat ditukar kepada bentuk pepejal, nescaya akan memenuhi beberapa karung guni dan bakul. Tugas hariannya tak lebih dari mencari kesalahan orang lain untuk dicemuh. Pantang ada cacat cela yang terlihat oleh matanya, teruk orang tersebut diperlekehkan dan diperli. Demikianlah 'akhlak islami' yang ditonjolkan.

...Tamat scene 3. ...

Bagaimana pandangan anda? Scene-scene ini bukan rekaan semata-mata, tapi adalah realiti kehidupan yang sentiasa berlaku di sekeliling saya, malah mungkin di sekitar anda juga. jadi setelah merenungkan dan berfikir, agaknya adakah ibadah puasa yang dilakukan cukup untuk menggapai TAQWA yang diinginkan?

Sekarang, kembali kepada surah al-Baqarah ayat 183 tadi. Perhatikanlah! Seruannya ditujukan kepada orang beriman, dan sebagaimana yang kita ketahui, iman memiliki beberapa indikasi yang bakal menatijahkan amal dan membentuk peribadi seseorang. Banyak ayat al-Quran dan hadith nabawi yang menerangkan perkara tersebut. Maka puasa berfungsi untuk menambahkan kualiti iman tersebut, dengan menundukkan hawa nafsu dan menambah kuat keinginan untuk mujahadah.

Beberapa hadith berikut mudah-mudahan menjadi peringatan yang amat baik untuk kita;
Jika salah seorang dari kalian berpuasa, maka janganlah dia berkata keji dan janganlah marah. Maka jika ada seseorang yang memakinya atau mengajaknya berkelahi, maka katakanlah, "Sesungguhnya aku berpuasa." (Muttafaqun 'alaihi, dari Abu Hurairah)

Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan dusta, maka ALLAH tidak berhajat untuk dia meninggalkan makan dan minumnya (yakni ALLAH tidak berhajat kepada puasanya). (HR al-Bukhari, dari Abu Hurairah)

Jadi apakah standard puasa yang dikehendaki bagi mencapai TAQWA? Selain ibadah puasa yang menjadi kewajipan, tambahkanlah dengan ibadah lain yang turut menjadi tuntutan seperti qiamullail, membaca al-Quran, bersedekah, menjamu makan orang yang memerlukan, etc.

Ertinya puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, malah lebih daripada itu. Puasa yang dilaksanakan dengan tidak mengabaikan kesemua aspek yang ditunjukkan oleh wahyu dan sabdaan Nabi itu berupaya membentuk peribadi dan akhlak Muslim yang dikehendaki.

Hadith berikut adalah sebagai kesimpulan;

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan pahala dari ALLAH, diampunkan baginya apa-apa yang telah lalu dari dosa-dosanya. (Muttafaqun 'alaihi, dari Abu Hurairah)

Oleh itu, rebutlah peluang untuk hari yang masih berbaki. Semoga ALLAH membimbing kita dengan memberikan hidayah-NYA dan menerima amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ameen.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan is Around the Corner!

Ramadhan karim akan menjelma hanya beberapa hari lagi. Fadhilat bulan ini disebutkan dalam banyak riwayat hadith. Pelbagai perbincangan dan perbahasan yang amat bermanfaat boleh didapati dalam banyak kitab karangan para ulama dahulu dan sekarang. Malah dengan kecanggihan teknologi zaman kini, sebahagian perbincangan dan pendapat para ulama tersebut boleh didapati hanya dengan beberapa klik di hadapan komputer yang bersambung dengan jaringan internet. Malah pelbagai hukum hakam yang berkaitan ibadah puasa Ramadhan, pembayaran zakat, solat Tarawih, malam al-Qadr, etc turut dapat diakses dengan mudah. Cuma tetap perlu berhati-hati dan perlukan rujukan daripada para ahlinya, khuatir terakses maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab.

Malah, dek keistimewaannya yang sentiasa dirasakan dan dirindui oleh orang-orang beriman, kita juga akan mendapati pelbagai coretan dan perkongsian yang berguna daripada para bloggers di Malaysia, malah di seluruh dunia tentang bulan Ramadhan.

Tak terkecuali juga saya.

Pada beberapa malam yang lepas, bertempat di surau sebuah kolej di UNIMAS, sebuah ceramah sempena menyambut Ramadhan telah diadakan. Ceramah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Saiful Azhar, lulusan Usuluddin syu'bah Hadith, Universiti al-Azhar. Terdapat beberapa point yang sangat menarik dan bermanfaat untuk saya kongsikan bersama. Mudah-mudahan ALLAH mempertemukan kita dengan Ramadhan tahun ini, sebagaimana DIA telah memberi peluang kita bertemu dengan Ramadhan tahun lepas;

Ramadhan Menjana Syakhsiah Muttaqin

1. Satu-satunya bulan yang disebutkan namanya dalam al-Quran;

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). (surah al-Baqarah; 2:185)


2. Juga bulan diturunkan al-Quran;

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. (surah al-Qadr; 97:1)


3. Amalan puasa adalah amalan umat terdahulu, dan ALLAH menfardhukannya sebagai suatu ibadah penting yang perlu diteruskan;

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (surah al-Baqarah; 2:183)


4. Ramadhan sebagai medan diampunkan dosa;

Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang dilakukan di antaranya, selama mana dijauhi dosa-dosa besar. (HR Muslim)

Ramadhan adalah bulan ALLAH menfardhukan puasa ke atas kalian, dan aku telah mensunnahkan untuk kalian qiam padanya (qiamullail). Maka barangsiapa yang berpuasa dan qiam padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan redha ALLAH, dia keluar dari dosa-dosanya persis seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. (HR Ibnu Khuzaimah)

5. Dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.

Hadith berkenaan hal ini adalah antara yang paling masyhur dalam kalangan masyarakat kita;

Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan yang barakah. ALLAH telah menfardhukan ke atas kalian berpuasa padanya. Dalamnya (bulan tersebut) dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barangsiapa yang diharamkan (ditegah) daripada mendapat kebaikannya, maka sesungguhnya dia telah diharamkan (tidak mendapat kelebihan bulan Ramadhan). (HR al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini telah menjadi perbahasan para ulama, tentang maksud pintu syurga yang dibuka, pintu neraka yang ditutup dan keadaan syaitan yang dirantai. Adakah ungkapan baginda Nabi tersebut membawa kepada maksud yang hakiki, atau sekadar majazi?

Secara ringkasnya, disebutkan beberapa pendapat ulama berkaitan hal tersebut;

a) Dibuka pintu-pintu syurga

  1. Makna hakiki, i.e. pintu-pintu syurga benar-benar dibuka.
  2. Pintu rahmat ALLAH.
  3. Peluang menambahkan ibadah lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. e.g. kebanyakan manusia lebih mudah melaksanakan solat tahajud dan Subuh berjemaah kerana bangun untuk sahur.

b) Ditutup pintu-pintu neraka

  1. Makna hakiki, i.e. pintu-pintu neraka benar-benar ditutup.
  2. Kemurkaan ALLAH tertutup.
  3. Peluang melakukan maksiat menjadi lebih sedikit berbanding bulan-bulan lain.

c) Dibelenggu syaitan-syaitan

  1. Semua syaitan dibelenggu.
  2. Hanya syaitan-syaitan yang ganas dan berpangkat tinggi sahaja yang dibelenggu (Maradhus syayathin).
  3. Perkataan syaitan adalah kiasan kepada nafsu insan, i.e. nafsu manusia terbelenggu kerana ibadah puasa yang dilakukan. Jadi niat untuk melakukan kejatahan dan maksiat juga berkurang.

Biasa timbul persoalan dalam kalangan kita, jika syaitan telah dibelenggu; samada membawa maksud hakiki atau maknawi, mengapa masih kedapatan gejala bejat akhlak dan perbuatan maksiat yang berat dalam bulan Ramadhan? Jenayah seks masih terus berlaku, jenayah rompak, ragut dan bunuh juga bagai tiada penghujungnya, malah ramai juga kalangan yang langsung tidak berpuasa.

Menjawab persoalan ini, kita mengambil analogi sebatang besi yang ditempa dengan api. Setelah besi tersebut ditempa, ia akan dicelup ke dalam air. Walaupun setelah dicelup, kesan kepanasan api masih dapat dirasai untuk beberapa detik waktu. Demikianlah dengan pelaku maksiat, terutama yang tegar dengan amal mereka. Dek 'tarbiah' syaitan dan hawa nafsu selama 11 bulan yang sangat berjaya, kesannya masih berbekas walaupun syaitan tadi telah dirantai. Malah Ibnul Qayyim juga menyebutkan bahawa maksiat dapat menyebabkan ketagihan dan akan mengundang dosa setelah dosa, kerana maksiat tersebut telah melekat di hati dan menutupinya;

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa-apa yang selalu mereka usahakan itu menjadi karat (menutupi) atas hati mereka. (surah al-Muthaffifin; 83:14)

Mudah-mudahan ibadah dalam bulan Ramadhan dapat mentarbiah hati kita untuk menggapai taqwa;

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (surah al-Baqarah; 2:183)

......

Masih banyak lagi hadith-hadith lain yang menyebutkan kelebihan bulan ini. Saya cukupkan dahulu sampai di sini. Namun dengan apa yang ternukil ini mudah-mudahan menjadi pemangkin semangat kita untuk terus meningkatkan amal ibadah kepada ALLAH. Biarlah keletihan yang kita rasai di dunia adalah keletihan kerana beribadah, bukan keletihan kerana melakukan maksiat, wal 'iyadzu billah.

Seorang hamba, ketika dia mengisi waktunya dengan ketaatan, beerti dia telah meninggalkan suatu kemaksiatan. Demikian sebaliknya, andai masa yang terluang diisi dengan amal yang buruk dan fasad, dia sebenarnya telah meninggalkan suatu ketaatan.

Suatu ketika imam Ahmad bin Hanbal ditanya, "Bilakah waktu kerehatan bagi seorang Mukmin?"

Spontan beliau menjawab, "Apabila sebelah kakinya telah berada dalam syurga."

Ertinya hidup seorang Mukmin di dunia memang untuk beramal, kerana kerehatan bagi orang Mukmin hanyalah di syurga.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem.

Mudah-mudahan taqwa yang menjadi tujuan berjaya kita raih. Seeru 'ala barakatillah.

Tuesday, August 11, 2009

Syu'abul Iman 01

Imam al-baihaqi ,atau nama penuhnya al-Imam al-Hafidz al-Muttaqin Abu Bakr Ahmad bin al-Hussain bin Ali bin Musa al-Khusrujardi al-Baihaqi adalah seorang ulama hadith terkenal dari Khurasan, bermazhab Syafi'e dan pemilik pelbagai karangan yang amat bermutu.

Beliau dilahirkan pada Syaaban, 384H di Khusrujard, mempelajari ilmu hadith sejak kecil dan menuntut dengan ramai ulama besar, antaranya Imam Abu Abdullah al-Hakim pengarang kitab al-Mustadrak 'ala Sohihain.

Ketinggian ilmunya diakui oleh ramai ulama pada zamannya dan zaman selepasnya. Imam al-Haramain Abu Ma'aly sampai menyebutkan beliau sebagai suatu anugerah buat mazhab Syafi'e. Malah imam adz-Dzahabi berkata, "Seandainya imam al-Baihaqi membuat mazhab tersendiri, maka dia mampu melakukannya kerana luasnya ilmu yang dimilikinya dan pengetahuannya dalam permasalahan khilaf."

Beliau wafat pada 10 Jamadil Ula 458H di Naisabur. Jasadnya dimakamkan di Baihaq.

Karangannya mencapai ribuan juzu' dan menjadi sumber rujukan utama dalam pelbagai bidang sehingga hari ini.

Syu'abul Iman

Antara karangan beliau ialah kitab Syu'abul Iman (Cabang Keimanan), sebuah kitab yang menghimpunkan hadith-hadith berkaitan cabang-cabang iman, bertitik tolak dari sebuah hadith yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa`ie, Ahmad dan Ibn Majah, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu;

Iman itu ada 60 atau 70 lebih cabang. Yang paling tinggi (dalam riwayat lain; yang paling luhur; yang paling utama) ialah ucapan 'Laa ilaha illallah', dan yang paling rendah ialah menyingkirkan sesuatu yang membahayakan dari jalanan, dan malu itu adalah salah satu cabang keimanan.

Dalam kitab tersebut, imam al-Baihaqi menghimpunkan hadith-hadith yang membicarakan tentang 77 cabang keimanan dalam sebuah kitab 6 jilid yang besar. Kemudian diringkaskan oleh imam al-Qazwini (lahir pada 653H) dengan hanya memilih beberapa ayat al-Quran dan hadith yang memiliki riwayat yang kuat, dan kemudian ditahqiq dan diberi penambahan oleh seorang muhaddith kontemporer terkenal, Syeikh Abdul Qadir Arnauth.

Perbahasan dalam kitab ini sangat penting bagi kita mengenali cabang-cabang iman yang telah ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Atas dorongan itulah saya menyenaraikan cabang-cabang iman yang dibahaskan tersebut, beserta tambahannya oleh Syeikh Arnauth untuk tatapan semua. Mudah-mudahan bermanfaat.

Cabang keimanan - Muqaddimah

Iman adalah pecahan dari kata Aman, lawan kepada kata al-Khauf (takut). Menurut kemutlakannya, iman ialah percaya. Terbahagi kepada dua bahagian; Khafi (samar) dan Jali (jelas). Iman khafi seperti yang berkaitan dengan niat, sedang iman jali ialah segala amal yang dilakukan oleh anggota tubuh seperti solat dan jihad.


1. Iman kepada ALLAH Ta'ala

Iman kepada ALLAH beerti menetapkan dan mengakui keberadaan ALLAH, menerima-NYA dan taat kepada-NYA.

Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah. (surah an-Nisa`; 4:136)

Barangsiapa yang meninggal sedang dia mengetahui bahawa tiada ilah melainkan ALLAH, maka dia masuk syurga. (HR Muslim dan Ahmad, dari Uthman bin Affan)

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengucapkan Laa ilaha illallah. Barangsiapa yang mengucapkan Laa ilaha illallah, maka jiwanya dan hartanya terjaga dariku kecuali dengan haknya, dan atas ALLAH-lah perhitungannya (jika dia mengucapkannya dengan niat lain, maka urusannya dikembalikan kepada ALLAH, kerana manusia hanya menilai perkara zahir). (HR imam hadith yang enam, dari Abu Hurairah)


2. Iman kepada para Rasul

Yakni menetapkan dan mengakui kenabian mereka, dan membenarkan bahawa segala sesuatu yang datang dari mereka adalah dari ALLAH.


3. Iman kepada para malaikat

Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (surah an-Nisa`; 4:136)


4. Iman kepada al-Quran dan semua kitab yang diturunkan sebelumnya

5. Iman kepada Qadar baik dan buruk, bahawa semuanya datang dari ALLAH

Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". (surah an-Nisa`; 4:78)


6. Iman kepada hari akhirat

Termasuk juga beriman kepada hisab, mizan, titian shirath, syurga, neraka, etc.

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian. (surah at-Taubah; 9:29)

Demi jiwa Muhammad di tangan-NYA! Sesungguhnya kiamat itu pasti terjadi sehingga ada baju antara kedua-duanya (penjual dan pembeli0 yang tidak sempat dijualbelikan oleh kedua-duanya dan tidak sempat mereka selesaikan. Sesungguhnya kiamat itu pasti akan terjadi sehingga seorang lelaki lari dari susu untanya yang ada dibawahnya, sesungguhnya dia telah mengangkatnya ke mulutnya untuk diminum namun tak terminum. (HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad, dari Abu HUrairah)

Saduran dari kitab Mukhtasar Syu'abul Iman lil Baihaqi. Edisi terjemahan: 77 Cabang Iman.

Friday, August 7, 2009

Always Look For a Simple Solution

Difference between Focusing on Problems and Focusing on Solutions

Case 1

When NASA began the launch of astronauts into space, they found out that the pens wouldn't work at zero gravity (ink won't flow down to the writing surface). To solve this problem, it took them one decade and $12 million. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, underwater, in practically any surface including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees C.

And what did the Russians do...?? They used a pencil.

Case 2

One of the most memorable case studies on Japanese management was the case of the empty soapbox, which happened in one of Japan's biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a consumer had bought a soapbox that was empty. Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line, which transported all the packaged boxes of soap to the delivery department. For some reason, one soapbox went through the assembly line empty.

Management asked its engineers to solve the problem. Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine with high-resolution monitors manned by two people to watch all the soapboxes that passed through the line to make sure they were not empty. No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent a whoopee amount to do so.

But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the same problem, he did not get into complications of X-rays, etc., but instead came out with another solution. He bought a strong industrial electric fan and pointed it at the assembly line. He switched the fan on, and as each soapbox passed the fan, it simply blew the empty boxes out of the line.
Moral: Always look for simple solutions.

Devise the simplest possible solution that solves the problems

Always Focus on solutions & not on problems