Ramadhan karim akan menjelma hanya beberapa hari lagi. Fadhilat bulan ini disebutkan dalam banyak riwayat hadith. Pelbagai perbincangan dan perbahasan yang amat bermanfaat boleh didapati dalam banyak kitab karangan para ulama dahulu dan sekarang. Malah dengan kecanggihan teknologi zaman kini, sebahagian perbincangan dan pendapat para ulama tersebut boleh didapati hanya dengan beberapa klik di hadapan komputer yang bersambung dengan jaringan internet. Malah pelbagai hukum hakam yang berkaitan ibadah puasa Ramadhan, pembayaran zakat, solat Tarawih, malam al-Qadr, etc turut dapat diakses dengan mudah. Cuma tetap perlu berhati-hati dan perlukan rujukan daripada para ahlinya, khuatir terakses maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab.
Malah, dek keistimewaannya yang sentiasa dirasakan dan dirindui oleh orang-orang beriman, kita juga akan mendapati pelbagai coretan dan perkongsian yang berguna daripada para bloggers di Malaysia, malah di seluruh dunia tentang bulan Ramadhan.
Tak terkecuali juga saya.
Pada beberapa malam yang lepas, bertempat di surau sebuah kolej di UNIMAS, sebuah ceramah sempena menyambut Ramadhan telah diadakan. Ceramah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Saiful Azhar, lulusan Usuluddin syu'bah Hadith, Universiti al-Azhar. Terdapat beberapa point yang sangat menarik dan bermanfaat untuk saya kongsikan bersama. Mudah-mudahan ALLAH mempertemukan kita dengan Ramadhan tahun ini, sebagaimana DIA telah memberi peluang kita bertemu dengan Ramadhan tahun lepas;

Ramadhan Menjana Syakhsiah Muttaqin
1. Satu-satunya bulan yang disebutkan namanya dalam al-Quran;
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). (surah al-Baqarah; 2:185)
2. Juga bulan diturunkan al-Quran;
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. (surah al-Qadr; 97:1)
3. Amalan puasa adalah amalan umat terdahulu, dan ALLAH menfardhukannya sebagai suatu ibadah penting yang perlu diteruskan;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (surah al-Baqarah; 2:183)
4. Ramadhan sebagai medan diampunkan dosa;
Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang dilakukan di antaranya, selama mana dijauhi dosa-dosa besar. (HR Muslim)
Ramadhan adalah bulan ALLAH menfardhukan puasa ke atas kalian, dan aku telah mensunnahkan untuk kalian qiam padanya (qiamullail). Maka barangsiapa yang berpuasa dan qiam padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan redha ALLAH, dia keluar dari dosa-dosanya persis seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. (HR Ibnu Khuzaimah)

5. Dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.
Hadith berkenaan hal ini adalah antara yang paling masyhur dalam kalangan masyarakat kita;
Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan yang barakah. ALLAH telah menfardhukan ke atas kalian berpuasa padanya. Dalamnya (bulan tersebut) dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barangsiapa yang diharamkan (ditegah) daripada mendapat kebaikannya, maka sesungguhnya dia telah diharamkan (tidak mendapat kelebihan bulan Ramadhan). (HR al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ini telah menjadi perbahasan para ulama, tentang maksud pintu syurga yang dibuka, pintu neraka yang ditutup dan keadaan syaitan yang dirantai. Adakah ungkapan baginda Nabi tersebut membawa kepada maksud yang hakiki, atau sekadar majazi?
Secara ringkasnya, disebutkan beberapa pendapat ulama berkaitan hal tersebut;
a) Dibuka pintu-pintu syurga
b) Ditutup pintu-pintu neraka
c) Dibelenggu syaitan-syaitan
Biasa timbul persoalan dalam kalangan kita, jika syaitan telah dibelenggu; samada membawa maksud hakiki atau maknawi, mengapa masih kedapatan gejala bejat akhlak dan perbuatan maksiat yang berat dalam bulan Ramadhan? Jenayah seks masih terus berlaku, jenayah rompak, ragut dan bunuh juga bagai tiada penghujungnya, malah ramai juga kalangan yang langsung tidak berpuasa.
Menjawab persoalan ini, kita mengambil analogi sebatang besi yang ditempa dengan api. Setelah besi tersebut ditempa, ia akan dicelup ke dalam air. Walaupun setelah dicelup, kesan kepanasan api masih dapat dirasai untuk beberapa detik waktu. Demikianlah dengan pelaku maksiat, terutama yang tegar dengan amal mereka. Dek 'tarbiah' syaitan dan hawa nafsu selama 11 bulan yang sangat berjaya, kesannya masih berbekas walaupun syaitan tadi telah dirantai. Malah Ibnul Qayyim juga menyebutkan bahawa maksiat dapat menyebabkan ketagihan dan akan mengundang dosa setelah dosa, kerana maksiat tersebut telah melekat di hati dan menutupinya;
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa-apa yang selalu mereka usahakan itu menjadi karat (menutupi) atas hati mereka. (surah al-Muthaffifin; 83:14)
Mudah-mudahan ibadah dalam bulan Ramadhan dapat mentarbiah hati kita untuk menggapai taqwa;

Masih banyak lagi hadith-hadith lain yang menyebutkan kelebihan bulan ini. Saya cukupkan dahulu sampai di sini. Namun dengan apa yang ternukil ini mudah-mudahan menjadi pemangkin semangat kita untuk terus meningkatkan amal ibadah kepada ALLAH. Biarlah keletihan yang kita rasai di dunia adalah keletihan kerana beribadah, bukan keletihan kerana melakukan maksiat, wal 'iyadzu billah.
Seorang hamba, ketika dia mengisi waktunya dengan ketaatan, beerti dia telah meninggalkan suatu kemaksiatan. Demikian sebaliknya, andai masa yang terluang diisi dengan amal yang buruk dan fasad, dia sebenarnya telah meninggalkan suatu ketaatan.
Suatu ketika imam Ahmad bin Hanbal ditanya, "Bilakah waktu kerehatan bagi seorang Mukmin?"
Spontan beliau menjawab, "Apabila sebelah kakinya telah berada dalam syurga."
Ertinya hidup seorang Mukmin di dunia memang untuk beramal, kerana kerehatan bagi orang Mukmin hanyalah di syurga.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem.
Mudah-mudahan taqwa yang menjadi tujuan berjaya kita raih. Seeru 'ala barakatillah.

- Makna hakiki, i.e. pintu-pintu syurga benar-benar dibuka.
- Pintu rahmat ALLAH.
- Peluang menambahkan ibadah lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. e.g. kebanyakan manusia lebih mudah melaksanakan solat tahajud dan Subuh berjemaah kerana bangun untuk sahur.
b) Ditutup pintu-pintu neraka
- Makna hakiki, i.e. pintu-pintu neraka benar-benar ditutup.
- Kemurkaan ALLAH tertutup.
- Peluang melakukan maksiat menjadi lebih sedikit berbanding bulan-bulan lain.
c) Dibelenggu syaitan-syaitan
- Semua syaitan dibelenggu.
- Hanya syaitan-syaitan yang ganas dan berpangkat tinggi sahaja yang dibelenggu (Maradhus syayathin).
- Perkataan syaitan adalah kiasan kepada nafsu insan, i.e. nafsu manusia terbelenggu kerana ibadah puasa yang dilakukan. Jadi niat untuk melakukan kejatahan dan maksiat juga berkurang.
Biasa timbul persoalan dalam kalangan kita, jika syaitan telah dibelenggu; samada membawa maksud hakiki atau maknawi, mengapa masih kedapatan gejala bejat akhlak dan perbuatan maksiat yang berat dalam bulan Ramadhan? Jenayah seks masih terus berlaku, jenayah rompak, ragut dan bunuh juga bagai tiada penghujungnya, malah ramai juga kalangan yang langsung tidak berpuasa.
Menjawab persoalan ini, kita mengambil analogi sebatang besi yang ditempa dengan api. Setelah besi tersebut ditempa, ia akan dicelup ke dalam air. Walaupun setelah dicelup, kesan kepanasan api masih dapat dirasai untuk beberapa detik waktu. Demikianlah dengan pelaku maksiat, terutama yang tegar dengan amal mereka. Dek 'tarbiah' syaitan dan hawa nafsu selama 11 bulan yang sangat berjaya, kesannya masih berbekas walaupun syaitan tadi telah dirantai. Malah Ibnul Qayyim juga menyebutkan bahawa maksiat dapat menyebabkan ketagihan dan akan mengundang dosa setelah dosa, kerana maksiat tersebut telah melekat di hati dan menutupinya;
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa-apa yang selalu mereka usahakan itu menjadi karat (menutupi) atas hati mereka. (surah al-Muthaffifin; 83:14)
Mudah-mudahan ibadah dalam bulan Ramadhan dapat mentarbiah hati kita untuk menggapai taqwa;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (surah al-Baqarah; 2:183)
......
Masih banyak lagi hadith-hadith lain yang menyebutkan kelebihan bulan ini. Saya cukupkan dahulu sampai di sini. Namun dengan apa yang ternukil ini mudah-mudahan menjadi pemangkin semangat kita untuk terus meningkatkan amal ibadah kepada ALLAH. Biarlah keletihan yang kita rasai di dunia adalah keletihan kerana beribadah, bukan keletihan kerana melakukan maksiat, wal 'iyadzu billah.
Seorang hamba, ketika dia mengisi waktunya dengan ketaatan, beerti dia telah meninggalkan suatu kemaksiatan. Demikian sebaliknya, andai masa yang terluang diisi dengan amal yang buruk dan fasad, dia sebenarnya telah meninggalkan suatu ketaatan.
Suatu ketika imam Ahmad bin Hanbal ditanya, "Bilakah waktu kerehatan bagi seorang Mukmin?"
Spontan beliau menjawab, "Apabila sebelah kakinya telah berada dalam syurga."
Ertinya hidup seorang Mukmin di dunia memang untuk beramal, kerana kerehatan bagi orang Mukmin hanyalah di syurga.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem.
Mudah-mudahan taqwa yang menjadi tujuan berjaya kita raih. Seeru 'ala barakatillah.
2 komen:
Mudah mudahan tidak menjadi orang yang diharamkan dari mendapat kemuliaan ramadhan...
ameen.
mudah-mudahan juga semangat beribadah tidak dibunuh dengan lagu2 raya
Post a Comment