Setiap tahun dilaporkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kerugian kerana buku-buku terbitan DBP kurang mendapat sambutan. Apa nak dihairankan, kebanyakan kita lebih suka dengan majalah-majalah tidak bermanfaat yang dipenuhi dengan gosip-gosip artis dan komik-komik, berbanding buku-buku terbitan DBP yang bersifat akademik. Sudahlah kemahiran berbahasa makin dirosakkan, malah perilaku dan akhlak peribadi juga tidak terbina. Bacaan-bacaan yang kita dapatkan secara tidak langsung menyumbang kepada pembentukan peribadi seseorang. Jika perkara baik yang dibaca, maka baiklah perkembangannya, demikian sebaliknya. Lambakan majalah-majalah seumpama URTV, Mangga dan yang sewaktu dengannya benar-benar merunsingkan.
MAJALAH
Majalah-majalah seperti itu hanya dipenuhi dengan gosip, kisah-kisah yang sepatutnya disembunyikan kerana melibatkan aib peribadi, dan dihiasi dengan gambar-gambar artis tempatan yang berpakaian menggiurkan. Bukan hanya soal dosa dan pahala, tapi turut melibatkan soal moral dan etika.
Bayangkan seorang budak sekolah rendah yang belum baligh sentiasa mendapatkan majalah seperti itu setiap keluaran hanya kerana ingin menikmati gambar-gambar yang dimuatkan, dan ingin mengikuti perkembangan artis kesayangan hingga ke segenap selok-belok kehidupan, dari bangun tidur, kemudian makan apa untuk sarapan, ke pasaraya mana untuk membeli-belah, dan sebagainya. Dia membesar dengan ditemani majalah tersebut sehingga menanamkan budaya hedonisme dalam jiwanya. Maka kita tidak hairan apabila rancangan-rancangan realiti tv masa kini yang dibuka penyertaannya kepada kanak-kanak mendapat sambutan hangat luar biasa. Lebih menyedihkan apabila usaha tersebut turut mendapat sokongan ibu bapa! Sedangkan tiada nilai apapun yang diterapkan melalui rancangan sedemikian melainkan hanyalah membiasakan pakaian mendedahkan aurat dan tarian gelek gerudi sejak usia setahun jagung!
Cuba tanyakan kepada mereka, "Siapakah idola anda?" Untung jika jawapannya ialah tokoh-tokoh Islam. Namun jika dijawab dengan nama seorang artis yang diminati, tanyakan pula tentang butir peribadi lain artis tersebut, seperti tarikh lahir, makanan kegemaran, alamat rumah, rancangan tv paling diminati, dan sebagainya. Rasanya 90% dari soalan-soalan tersebut bakal dijawab dengan tepat.
Kemudian tanyakan tentang biodata nabi Muhammad; bilakah baginda dilahirkan, apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun kelahiran baginda, bilakah berlakunya peperangan Badar dan Uhud, apakah makanan kegemaran baginda, siapakah nama isteri-isteri baginda, siapakah sahabat yang dijamin syurga; dan perhatikanlah jawapan yang diberikan. Jangan terkejut jika pendedahan kanak-kanak kepada kehidupan artis adalah lebih banyak daripada pendedahan kepada sirah nabawiyah.
KOMIK
Kebimbangan juga muncul apabila melihat lambakan komik-komik yang dipenuhi adegan-adegan pelik. Adegan keganasan melampau, kisah cinta monyet malah adegan lucah sudah menjadi lumrah dalam komik-komik di pasaran sekarang. Pemikiran seorang budak yang belum mumayyiz telah diperkenalkan dengan adegan-adegan seumpama itu, benar-benar dapat menghitamkan keputihan fitrah kanak-kanak berkenaan.
Saya mengambil contoh sebuah syarikat penerbitan tempatan; Gempakstarz. Rasanya ramai dari kalangan kita pernah membaca komik Gempak sewaktu kecil dahulu, termasuklah saya. Apabila meningkat dewasa, saya mengenang dan membelek kembali komik berkenaan. Baru perasan betapa banyak unsur yang merosakkan. Penggunaan bahasa pasar yang berleluasa, susunan ayat yang menyalahi tatabahasa, malah dialog watak-watak yang langsung tidak sesuai dengan akhlak Islam.
"Woi! Pakcik. Cepatla cakap. Kitorang dah lama tunggu ni." Demikian dialog seorang budak sekolah menengah dengan seorang pakcik tua yang masih saya ingat.
Selain dialog yang kasar, watak-watak juga dilukis dengan pakaian yang tidak senonoh, terutamanya watak perempuan. Mungkin ramai yang maklum, kebanyakan kartun dalam komik ini cuba meniru gaya lukisan kartunis Jepun. Hasilnya, watak yang dilukis adalah perempuan melayu, tapi berpakaian ala Jepun atau kebaratan. Perempuan berskirt pendek dan baju tanpa lengan adalah senario biasa dalam komik tersebut.

Gempakstarz juga turut menerbitkan beberapa buah komik yang diterjemahkan dari bahasa Jepun. Hampir semua adalah bertemakan cinta dan lebih mengejutkan, ada yang menyelitkan adegan seks! Hairan sungguh bagaimana sebuah syarikat tempatan tergamak menerbitkan buku berunsur lucah tersebut, melainkan mereka merasakan hal itu adalah biasa kerana fitrah mereka sendiri telah rosak! Ghazwul fikr (perang pemikiran) bukan lagi datang dari unsur luar seperti Amerika, tapi digembar-gemburkan oleh anak watan. Wal 'iyadzu billah.
ALTERNATIF
Membicarakan tentang masalah, seharusnya bicarakan juga tentang alternatif. Apa guna menuding jari ke sana ke mari tapi tidak mahu memikirkan apa-apa solusi.
Bacaan utama tentulah al-Quran. Didikan sejak kecil perlu diberikan agar masalah buta al-Quran dapat dibendung. Selain itu, turut terdapat kalangan ulama yang menulis bahan bacaan ilmiah untuk kanak-kanak. Antaranya Sayyid Abul Hassan Ali an-Nadawi dengan karya beliau, 'Kisah Nabi Muhammad untuk Remaja' dan 'Kisah Para Nabi untuk Anak.'

Saya teringat sebuah kisah asy-Syahid Hassan al-Banna yang dimuatkan dalam buku 'Cinta di Rumah Hassan al-Banna' karangan M. Lili Nur Aulia. Suatu ketika Hassan al-Banna pulang pada larut malam dan melihat anaknya, Saiful Islam masih belum tidur kerana khusyu membaca buku komik James yang dalamnya memuatkan beberapa cerita percintaan. Namun si ayah membiarkan saja dan tidak memarahi beliau seketika itu juga. Keesokannya, Hassan al-Banna berkata kepada Saiful Islam, "Aku akan memberikan kepadamu sesuatu yang lebih bagus daripada itu." Lalu diberikan beberapa buah buku bermanfaat, antaranya buku-buku cerita tentang tokoh-tokoh Islam seperti Antarah bin Syadad, Umar bin Abdul Aziz dan Saif bin Dzi Yazin.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Saiful Islam. Setelah beliau meningkat dewasa, barulah beliau memahami bentuk kasih sayang dan perhatian yang ayahnya curahkan untuk setiap anak-anaknya. Ayahnya sentiasa memerhatikan perkembangan mereka dan memastikan mereka dibesarkan dalam nuansa Islami.
Demikianlah jika anak-anak sudah mula menjinakkan diri dengan bahan bacaan, bekalkan mereka dengan bahan bacaan yang bermanfaat. Dedahkan kepada mereka bahan bacaan berunsur pendidikan dan berunsur Islami. Saya masih ingat ketika kecil dahulu saya sering menghabiskan wang membeli buku-buku komik. Namun ayah dan ibu saya akan membelikan untuk kami adik-beradik bahan bacaan pendidikan kanak-kanak seperti Kuntum, Bintang Kecil, Mickey dan Didik (terbitan Berita Harian). Seperti Saiful Islam, apabila difikirkan semula, mungkin itulah antara caranya ibu ayah saya cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Saya amat menyokong tindakan syarikat penerbitan PTS yang mengeluarkan siri komik M. Menurut Pengerusi Kumpulan syarikat-Syarikat PTS, Puan Ainon Mohd, siri komik ini memiliki tiga ciri utama iaitu;
1. Mematuhi syariah; unsur-unsur yang menyalahi nilai-nilai Islam tidak dimasukkan sama sekali, seperti lukisan perempuan yang mendedahkan aurat;
2. Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT); dan
3. Tidak memberi kemenangan moral kepada watak-watak yang buruk akhlaknya. (rujukan: Facebook Puan Ainon)

Penerbitan seperti ini dilihat sebagai antara alternatif terbaik mendidik kanak-kanak dengan nilai Islami melalui bahan berbentuk komik yang lebih menarik minat mereka untuk membaca, selain mendidik mereka dengan kaedah bahasa yang betul dan tatacara berkomunikasi yang sopan. Prihatinlah dengan bahan bacaan yang semakin banyak pada zaman kini. Bezakanlah antara yang bermanfaat dan yang mengundang mudharat. Walaupun mungkin artikel ini seperti menfokuskan kepada kanak-kanak, tapi ia ditujukan kepada semua. Orang dewasa juga tidak terlepas dari mendapatkan bahan bacaan picisan yang tidak mengandungi sebarang info melainkan berita-berita berunsur seks dan khurafat. Tidak perlu disebutkan nama akhbar-akhbar tabloid terbabit kerana ia banyak dan mudah didapati di kedai-kedai buku. Selain menunjukkan moral masyarakat yang makin parah, kekhuatiran juga muncul pada serangan dari sudut aqidah dengan cerita-cerita tahyul yang dimuatkan.
Membaca adalah jambatan ilmu, tapi pastikan jambatan tersebut benar-benar kukuh dan mampu menampung kita sehingga berjaya sampai ke pulau ilmu di seberang. Jika salah jambatan yang dipilih, nescaya runtuhlah jambatan sebelum sempat sampai ke destinasi, dan tenggelamlah kita di tengah-tengah lautan syahwat dunia yang sementara.
يَا يَحْيَى خُذِ الْكِتَابَ بِقًوَّةٍ وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيَّا
"Wahai Yahya! Ambillah (pelajarilah) al-kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh." Dan KAMI berikan hikmah kepadanya (Yahya) sejak dia masih kanak-kanak. (surah Maryam; 19:12)

3 komen:
ketika di matrik, dia ni lah (merujuk kpd hisyamkudou) yg mempengaruhi sy utk baca buku. huhu
respek dgn tulisan enta. mantap!
hisyam kudou..emm..dah lama hisyam tak pakai kudou..
hisyamkudou... masih disebut dikenang. memang ada memori tersendiri.
ana start guna hisyamkudou tu sejak ting.3 kalau tak silap, sampai la tahun akhir waktu degree. ada la dalam 6,7 tahun. pengaruh komik jugak tu. tapi sebelum tu dah try username lain tak dapat, apakan daya. hehe...
Post a Comment