Wednesday, March 17, 2010

Apa Ada Pada Facebook?

Sekadar coretan ringkas. Berikut antara manfaat yang saya peroleh dari Facebook:

1. Menghubungkan tali persahabatan dengan rakan-rakan sekolah dan matrik yang telah lama terpisah.
2. Mengeratkan silaturrahim dengan ikhwah di seantero bumi Malaysia dengan gurauan senda dan aktiviti sakat menyakat. 
3. Mengetahui perkembangan lama dan baru rakan-rakan dan ikhwah di manapun mereka berada.
4. Memudahkan perhubungan, kerana walaupun saya tiada menyimpan alamat email kesemua rakan-rakan saya, namun ada akaun Facebook mereka. 
5. Dapat menyampaikan maklumat dengan cepat kerana rata-rata Facebook dilayari hampir setiap hari. Malah sistem Facebook juga menghubungkan akaun dengan email masing-masing.  
6. Dapat berkongsi gambar dengan lebih cepat.  
7. Menjadi medan maya menyimpan gambar atau video. Jadi andai laptop atau desktop rosak atau hilang, gambar-gambar dan video yang menyimpan kenangan penting itu tidak turut luput. 
8. Dapat bertukar-tukar pandangan dalam sesuatu isu yang diketengahkan. 
9. Sebahagian tokoh/aktivis masyarakat lebih mudah dihubungi melalui Facebook. 
10. Yang ke-10, mungkin anda dapat tolong tambahkan. 

     Namun, ada juga yang...

    1. Lewat solat kerana melayan Facebook. 
    2. Lewat tidur dan bersengkang mata semata-mata Facebook. 
    3. Makin kurang membaca al-Quran kerana sibuk dengan Facebook. 
    4. Sanggup mengabaikan seruan azan untuk layan Facebook dulu.  
    5. Menghabiskan masa yang amat berharga dengan aktiviti komen-mengomen yang sia-sia dan games yang takkan habis. 
    6. Makin kurang studi dan membaca buku-buku agama dan bahan bacaan ilmiah lainnya kerana banyak masa di Facebook. 
    7. Kerana teruja dengan aktiviti komen-mengomen, batas pergaulan antara lelaki dan wanita makin kurang terpelihara. 
    8. Yang ke-8, mungkin anda boleh tolong tambahkan.

      Jadi amat penting meletakkan objektif dalam menyertai laman sosial di internet. Khuatir lebih banyak mudarat yang diperoleh ketimbang manfaat yang diraih. Mudah-mudahan ALLAH membantu kita, wallahul musta'an.




      Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyu dalam solat mereka, dan yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. (surah al-Mukminun; 23:1-3)

      6 komen:

      azarahman said...

      kalau bahagian kedua (1-7/8) berlaku, maka hukum facebook menjadi haram. Jadi hukum asalnya yang harus akan menjadi haram berdasarkan individu yang menggunakannya. Hukumnya sama dengan muzik/hiburan. Jauhilah kesia-siaan dalam hidup kerana hidup kita singkat saja...

      Al-Fateh wa Ababeel said...

      Salam akhi... bestnye anta menulis.. syukran atas peringatan..

      hisyam_mujahid said...

      azarahman: berat...berat... tapi itu memang realiti yang kita boleh tengok.

      betul, hidup hanya sekadar persinggahan.

      al-fateh: jazakallah khair. peringatan utk ana jugak sebenarnya. sebab tu tergerak nak menulis entri ni.

      ibnusarha said...

      salam akh, dalam edisi terkini solusi pun ust zaharuddin ada bg hukum guna facebook ni...kata beliau harus namun kat sana ada juga dinyatakan do and dont yang perlu diambil perhatian.

      (ana nyer solusi hilang....sempat belek sekejap je..sapa yang terambik masa mabit sebelum rehlah santubong tolong pulangkan pada ana huh)

      imammuda said...

      akh, enta pandai membuat analisis yang baik.

      teruskan menganalisis isu2 seperti ini untuk mematangkan akal dan minda umat Islam.

      hisyam_mujahid said...

      ibnu sarha: oh ya? terima kasih atas makluman tu. mungkin lepas ni ana cuba dapatkan solusi tu. edisi2 sebelum ni yang ikhwah beli pun ana tak sempat (atau tak menyempatkan diri) baca lagi.

      p/s: ana tak amek solusi nta. :) didoakan dapat ketemu semula, ameen.

      imammuda: jazakallahu khair. insya ALLAH, kita sama2 berusaha dan memberi sumbangan utk islam dan umatnya walau sekecil manapun ia.