1. Judi dihalalkan oleh kerajaan? Dengan alasan yang direka-reka; nak mengelakkan rakyat daripada terlibat dengan aktiviti perjudian haram yang lebih mudarat.
2. Tentangan pelbagai pihak hatta dari kalangan non-muslim langsung tidak diendahkan, seolah-olah menunjukkan dengan jelas kerajaan langsung tidak mempedulikan keprihatinan dan sentimen rakyat. Di mana janji-janji yang ditaburkan sepanjang kempen pilihanraya dahulu bahawa aduan dan suara rakyat amat diberi perhatian dan tidak akan dikesampingkan? Atau adakah kelulusan tersebut kerana kepentingan tertentu?!
3. Adakah kerajaan lebih rela melihat rakyat berlumba-lumba membazirkan wang untuk pertaruhan bodoh yang sia-sia? Ketika judi jelas keharamannya saja telah begitu banyak rakyat negara ini yang mencampakkan diri ke dalam lembah kebinasaan judi tersebut, apa lagi setelah ia 'dihalalkan'.
4. Sebagaimana diketahui, pengharaman arak dan judi pada zaman Rasulullah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Namun kendati demikian, ALLAH tetap mengatakan mudarat yang dibawa oleh kedua-duanya jauh lebih besar dari manfaat yang dkandung. Hal ini bertujuan menimbulkan kebencian dalam jiwa kaum mukminin pada waktu itu dan untuk mencetuskan motivasi dalam diri mereka agar meninggalkan dua amalan tersebut.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Nabi) tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian supaya kalian berfikir. (surah al-Baqarah; 2:219)
5. Dan akhirnya kedua-duanya diharamkan dengan turunnya ayat berikut:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (surah al-Ma`idah; 5:90)
Malah lanjutan dari ayat tersebut, dengan jelas ALLAH telah menjelaskan sejak lebih 1400 tahun yang lalu hikmah terbesar pengharamannya;
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (surah al-Ma`idah; 5:91)
Dua mudarat terbesar yang diitimbulkan oleh arak dan judi; permusuhan dan lalai dari ibadah wajib, telah ALLAH ingatkan sekian lama. APAKAH MEREKA TIDAK MEMERHATIKAN AL-QURAN?! ATAU SYAITAN YANG TELAH MEMALINGKAN MEREKA?!
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an ataukah hati mereka terkunci? Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka. (surah Muhammad; 47:24-25)
6. Masyarakat arab pada zaman itu dikeluarkan dari kegelapan jahiliyyah yang judi termasuk di antaranya, menuju cahaya islam. Namun peliknya masyarakat kini berlumba-lumba keluar dari cahaya yang sekian lama menerangi mereka untuk masuk semula ke dalam kegelapan jahiliyyah tersebut. Malah lebih teruk lagi apabila ia dilakukan secara rasmi!
7. Jadi, masyarakat ini sedang diarahkan ke mana?
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (surah Maryam; 19:59)
Wal 'iyadzu billah...






1 komen:
agak hairan...mufti yang ada kat Malaysia macam tak kata apa2 je tentang isu ni...
Post a Comment