Friday, July 16, 2010

Sembang-sembang 2: Kesan Teknologi...?

Dulu...

Kalau lapar ---> makan.
Kalau dahaga ---> minum
Kalau mengantuk ---> tidur
Kalau ada assignment ---> siapkan
Kalau ada kerja ---> mesti la buat
Kalau letih ---> rehat
Kalau ... ---> ... (isikan tempat kosong dengan jawapan anda)

Kini...

Kalau lapar ---> update status Facebook.
Kalau dahaga ---> update status Facebook
Kalau mengantuk ---> update status.
Kalau ada assignment ---> update status.
Kalau ada kerja ---> update status.
Kalau letih ---> update status.
Kalau ... (isikan dengan sebarang aktiviti) ---> UPDATE!!!.

Adakah ini kesan teknologi?

Kesan baikkah?

Kesan burukkah?

Kesan sampingankah?

Atau kesan degil? (macam dalam iklan sabun pencuci baju, "menanggalkan kesan degil.")

Saban waktu kita menghabiskan masa di laman sosial Facebook. Tiada hari yang dilalui melainkan pasti laman tersebut dilayari. Hidup terasa tidak sempurna dan penuh cacat cela jika ada hari-hari yang dilalui tanpa Facebook.

Semua aktiviti yang dilakukan akan dimaklumkan kepada semua senarai rakan yang ada. Sehingga hal-hal yang tidak perlu pun nak dimaklumkan.

Pabila ditegur, "Buat apa la nak bagi tau benda-benda tak pekdah tu. Mengantuk pun sempat update status lagi. Dah mengantuk tido ja la."

Pasti akan dibalas, "Ikut suka la. Akaun fesbuk aku, bukan ko."

Mungkin bench mark kita untuk perkara tidak berfaedah dah semakin rendah, dan senarai perkara-perkara tak bermanfaatpun dah makin berkurangan.

Sekali lagi diulang ayat ini;

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (surah al-Mukminun; 23:1-3)

Entahlah...

2 komen:

IMJ_sensei said...

sangat mendalam akh..
1st time masuk blog enta..

IMJ_sensei said...
This comment has been removed by the author.