Saturday, October 30, 2010

BAL HUM ADHOLL!!!


Video di atas diperoleh daripada laman YouTube. Mungkin dah ramai yang pernah tonton sebelum ini. Video diambil dari siri dokumentari National Geographic.


Sungguh sangat menyayat hati. Seekor harimau bintang yang dikenal sangat menakutkan, rupa-rupanya tetap punya naluri kasih sayang terhadap seekor bayi monyet yang baru dilahirkan dan kematian ibunya.

Maha Suci Allah yang mengurniakan rasa kasih sayang dalam hati setiap makhluknya. Itulah fitrah yang telah Allah campakkan samada kepada manusia mahupun haiwan.

Namun bandingkan pula dengan gambar/berita di bawah ini:






Berita pembuangan bayi makin banyak memenuhi dada-dada akhbar tanah air kita. Statistik yang dikeluarkan sangat membimbangkan. Pasangan yang melakukan perbuatan terlaknat ini pula asalnya hanya suka-suka. Namun apabila sudah terlanjur langkah, bukan hanya bayi tidak berdosa itu yang dibuang, malah akal dan fitrah mereka juga dihumban sama ke dalam lubang. Maha benarlah Allah ketika Dia berfirman;


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (surah al-A'raf; 7:179)

Selain itu, yang turut membimbangkan kita ialah laporan dalam akhbar tempatan yang menyebut bahawa salah satu punca utama meningkatnya kes pembuangan bayi ini ialah kerana sikap KETIDAKPEDULIAN MASYARAKAT! Malah, tambah memburukkan keadaan apabila kerajaan mengumumkan akan menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP). Sungguh! Hal ini sangat menyesakkan dada kita. Adakah mahu ditambah lagi statistik yang telah sedia tinggi ini?! Ayuh! Sedarkanlah mereka yang di sekeliling kita andai mereka masih nyenyak diulik mimpi duniawi. Kita masih punya banyak kewajipan daripada disibukkan dengan perkara-perkara lain yang tidak berfaedah.

Anda boleh dapatkan koleksi berita-berita ini antaranya di blog Ustaz Halim. Ingatlah! Kita turut menggalas tugas mengurangkan golongan ini yang disifatkan Allah dengan...

Ula`ika kal an'am, BAL HUM ADHOLL!!!

________________________________________

WAJAH SUCI
Munsyid : Mestica
ALbum : 313


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

No comments: