Suatu hari, sewaktu sedang memandu kereta ikhwah pulang dari mana entah, saya ditemani siaran radio IKIM.fm. Radio pilihan saya sejak mula mengenalinya pada tahun 2000. Setelah beberapa minit berceloteh, DJ memutarkan sebuah lagu nasyid.
Mula-mula dengar, tak begitu peduli. Tapi makin lama ia berkumandang, terasa makin sangsi dengan liriknya. Lantas cuba diamati setiap butir kata yang dilagukan. Akhirnya yang terdetik di hati hanyalah...
"Lagu apa ni?!"
Baru-baru ini ketika sedang menaiki kereta bersama-sama isteri, kebetulan lagu yang sama berkumandang di corong radio. Saya meminta isteri untuk mengamati bait lagunya. Belum pun habis ia dimainkan, saya terus menutup radio sementara waktu sehingga lagu tersebut tamat. Bosan.
Walaupun sudah beberapa kali terdengar lagu tersebut, saya masih tidak tahu siapa menyanyikannya, dan apa tajuk lagunya. Jadi baru sekejap tadi saya menggunakan khidmat pakcik gugel, "Pakcik. Ni haper tajuk lagu ni? Sapa gerangan yang nyanyi?"
Pakcik gugel lantas bertanya kembali, "Lagu mana? Bagi la lirik sepatah dua baru pakcik boleh cari kat dalam laci database tu."
"Ok...ok... Nah! Ni serangkap pantun... eh! sepatah dua lirik lagu tu," lantas saya memberikannya kepada pakcik gugel.
"Ooo... lagu ni. Kejap ek pakcik cari."
Belum pun seminit berlalu, pakcik gugel datang kembali dengan maklumat lengkap yang diperlukan, "Nah! Ni lirik lagu penuh. Siap dengan penyanyi dan pencipta lagu sekali pakcik bagi kat hang."
"Wah! Cepat betul pakcik! Terima kasih...terima kasih."
"Eh! Memang la. Ni kan memang kepakaran pakcik," kata pakcik gugel dengan bongkaknya.
"Feel free to ask me anything that you want to know," siap speaking lagi tu pakcik ni.
Inilah lagu yang dimaksudkan...
________________________________________
Cinta Terakhir
Munsyid : Aiman
Lagu/Lirik : Hafiz Hamidun
Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....
________________________________________
Saat pertama kali mendengarnya di radio IKIM, yang terdetik dalam benak ketika itu hanyalah, "Lagu apa ni?!"
"INILAH LAGU PALING BODOH PERNAH DIPUTARKAN DI IKIM!"
Lagu percintaan?! Memuji memuja seorang wanita yang tidak halal baginya? Lainlah jika ditujukan untuk seorang isteri. Mula-mula saya juga ingat lagu ini adalah untuk seorang wanita bergelar isteri, tapi apabila sampai pada rangkap;
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....
Cerita percintaan?! Semuanya ketentuan Tuhan?! Anda melakukan maksiat, zina mata, zina anggota dan zina hati, rasa gembira melakukannya, mujaharah maksiat anda kepada orang ramai, lantas menyandarkannya kepada Tuhan?!
Inilah kebodohan paling nyata! Dan kebodohan ini ingin ditonjolkan dalam industri nasyid yang katanya membawa mesej dakwah?!
Jangan rosakkan citra dakwah melalui nasyid dengan lagu-lagu bobrok seperti ini!
Lagu ini dinyanyikan oleh Aiman. Siapa pula Aiman? Saya tak kenal. Sekali lagi khidmat pakcik gugel digunakan.
Rupa-rupanya Aiman salah seorang finalis Akademi Nasyid. Blog peribadi beliau boleh dilayari di sini.
Search punya search, rupanya bukan satu lagu seperti ini dinyanyikan oleh Aiman, ada lagi beberapa buah lagu yang membawa mesej yang sama. Antaranya lagu bertajuk Teman Biasa;
________________________________________
Berdebar saat mula bersua
Kaku menahan kata terpesona
Dan malu segala bicara jiwa
Hingga angan terlena bila jumpa
Walau sepandang mata
Chorus :
Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara
Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah
Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori
Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji ku
La la la la la la la
Sang bayu menyentuh renungan
Rupanya bayangan
Mainan perasaan berpanjangan
kehadiran bagi nya cuma
Ku teman biasa
Akur menerima
Chorus 2:
Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara
Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah
Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori
Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji Ku
Melangkah momen ke momen
Mencari penjelasan
Sudah ku temui kenyataan
Tidak mudahnya berharapan
La la la la la la
Teman biasa
________________________________________



5 komen:
http://www.facebook.com/HafizHamidunFanPage
http://hafiiiz.blogspot.com/
IKIM skrg pelik2..
ana igt dlu ada satu tahun,start dr tahun tu skola ana haramkn siaran IKIM dipasang di sekolah...
sbbnya...IKIM dah start masukkn lagu2 pompuan spt siti dll..
try masukkn link ni ke web IKIM...kasi derg sedar..
penyanyi satu hal,penulis lagu dan lirik tu yang perlu digugelkan dulu...
memang hampeh...
kalau di sibu, ikim pun x dapat akh. but then bukan la ni pegarah pun dah tukar ke...dlu enginer yang jadi pengarah tu nampak mantap skit pengisian yang selalu di IKIM...
oh akhi, ini persoalan biasa abad moden ini. di mana percampuran antara jahiliyyah dan islamik sudah bercampur aduk, bolehlah dikatakan sebagai suatu bentuk liberalisasi.
sedangkan Islam itu terbina atas dasar Inqilabiyyah.
dari satu sudut yang positif, ia juga dapat ditanggapi dengan wajar. persoalan ini bermain dengan konsep rukhsah dan azimah. mukmin yang mementingkan wara' dan azimah akan memilih perkara yang paling hampir menepati ciri2 Islam dan tidak terpesong walaupun sedikit. mengambil pendapat yang lebih berat dan lebih diberkahi. Insya Allah.
namun, menyongsong dunia kini, ternyata kadang2 konsep 'rukhsah' itu sangat2 dibutuhkan. di mana masyarakat kini sangat2 parah! sinar dan nur sangat jauh dari hati, apatah lagi untuk memegang konsep azimah? apatah?
konsep dakwah yang fleksibel sangat diperlukan. fikir2kan =)
syahadah: jazakillah khairan kerana sudi berkongsi pandangan. benar. islam sangat fleksibel dengan kehidupan. kerana itu setiap zaman akan sentiasa ada mujtahid yang mengeluarkan hukum hakam baru bersesuaian dengan keadaan semasa. sesiapa yang memberat2kan islam secara tidak wajar dan menyalahi petunjuk nabawi akan dikalahkan. (wa lan yusyaddad deena ahadun illa ghalabahu).
namun konsep fleksibel itu sendiri bukan dalam semua perkara. hanya dalam hal2 yang tidak memiliki nas yang nyata dan qat'ie.
dalam kes yang disebutkan di sini, saya berpendapat perkara ini bukan sesuatu yang boleh difleksibelkan.
wallahu a'lam.
Post a Comment